Thursday, January 29, 2009

_____ + _____ = "Assignment" Siap

Zaman sekarang bermacam-macam perkara boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Apa yang penting ialah kita perlu mempunyai ilmu dan kemahiran. Pelajar sekarang kalau nak buat assignment tak perlu nak duduk dekat perpustakaan berjam-jam, kat mana-mana saja pun boleh buat sebab maklumat ada di mana-mana. Tapi, adakah semua pelajar setuju dengan kenyataan ini?

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan
rujukan@unimap.edu.my

16 comments:

  1. Saya setuju sangat2 tentang hal ini.. Manakan tidak kalau ada kemahiran mengakses pengkalan data elektronik yang disediakan oleh pihak universiti khususnya perpustakaan senang sangat2 nak buat assingment.. Cepat siap.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Saya turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.Sekarang lebih mudah mencari bahan di internet daripada menilik buku - buku rujukan yang tebal sedangkan maklumat yang diperlukan hanya 1 bab dari sebuah buku tersebut.Tidak perlu bazirkan masa mencari buku di rak apatah lagi kalau perpustakaannya besar...
    Tapi tidak bermakna pelajar tidak lagi perlu ke perpustakaan...Ada pro dan kontranya...

    ReplyDelete
  3. Saya pun setuju, memang ada pro dan kontranya. Penyedaiaan maklumat secara online merupakan sebagian daripada perkhidmatan perpustakaan tetapi jika berkunjung ke perpustakaan banyak lagi yang kita boleh dapat. Nak tau apa lagi yang ada? Jom la pi library.

    ReplyDelete
  4. Mungkin perpustakaan sekarang perlu membuat promosi kepada pengguna2.Tidak kira apa samada perpustakaan desa, perpustakaan awam, perpustakaan universiti dll.Sesetengah pengguna/pelajar masih menganggap perpustakaan sekarang masih sama dengan perpustakaan dahulu yang hanya menyediakan buku2 sahaja tanpa mengetahui kelebihan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan kini...Promosi yang hebat mungkin mampu menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih diatas cadangan yang diberikan. Insyaallah kita akan buat promosi berkala dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. Ada dak apa2 cadangan nak bagi orang p library...

    ReplyDelete
  7. Pihak kami mengalu-alukan cadangan dari pengguna semua supaya perpustakaan menjadi tempat kunjungan semua warga UniMAP.

    ReplyDelete
  8. Library buleh cuba buat apa2 event yg melibatkan student.. maksudnya, event tu d library n student mesti datang untuk take part.. cuma perlu cari masa yg sesuai shj.. kalau boleh keluarkan cadangan kepada student...

    ReplyDelete
  9. Perpustakaan boleh cuba buat satu aktiviti, pelajar perlu habiskan sesuatu task 2 dengan menggunakan bahan bercetak dan elektronik... ini mungkin dapat mmbantu memperkenalkan sedikit sebanyak koleksi perpustakaan... boleh dicadangkan kepada pensyarah semasa bagi assigment...

    ReplyDelete
  10. Mungkin pelajar tahu mengakses bahan elektronik didalam internet dan pangkalan data yg lain2, tp adakan mereka tahu bahan tersebut releven atau tidak? bahan bercetak masih lg perlu digunakan sebagai bahan rujukan.. sbbnya, buku rujukan bukan semua org senang2 nak tulis, tp dalam internet, tulis dan hantar ja apa2 nak...

    ReplyDelete
  11. Kita akan meneliti dan mencari satu pendekatan yang boleh menarik minat pelajar dan tenaga pengajar atau pengguna Perpustakaan itu sendiri supaya mereka mendekatkan diri dengan Perpustakaan.

    ReplyDelete
  12. Penglibatan dan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) didalam apa jua aktiviti Perpustakaan adalah salah satu cara untuk mempromosi Perpustakaan.

    ReplyDelete
  13. para pelajar sendiri perlu sedar kepentingan mengunjungi perpustakaan..kalau pihak perpustakaan menyediakan pelbagai kemudahan,tetapi kesedaran dlm diri masih kurang ttng kepentingan perpustakaan kepada pelajar...tak ada maknanya......

    ReplyDelete
  14. Saya amat bersetuju dengan kenyataan anda. Apa gunanya kemudahan yang sempurna jika sikap dan mentaliti pelajar dan pengguna itu sendiri yang tidak mahu menjadikan Perpustakaan sebagai gedung menimba ilmu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...