JANGAN KERANA SEBUAH BUKU...
ANDA DIBEBANI DENGAN MASALAH LAIN...
Saya terpanggil untuk membicarakan perkara ini kerana daripada pengamatan saya ramai pelajar yang kurang peka dengan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan UniMAP. Tahukah anda Perpustakaan UniMAP merupakan sebuah perpustakaan digital dimana segala kemudahan boleh dilakukan di hujung jari anda? Saya sebagai pembantu perpustakaan di sini dapati pelajar kurang peka dengan proses peminjaman dan pemulangan buku mereka sedangkan perpustakaan telah menyediakan 'Single Sign On'(SSO) dimana anda boleh menyemak sama ada berapa banyak buku yang telah anda pinjam dan betulkah berlaku pemulangan buku di kaunter atau 'book drop' hanya secara online. Dengan demikian, sudah pasti tidak berlaku bahawa pelajar mengatakan beliau memulangkan buku tetapi masih ada dalam akaun beliau.
Single Sign On
Tidak cukup dengan itu, perpustakaan juga menyediakan kemudahan dimana email akan dihantar 2 hari sebelum tarikh pemulangan buku bagi memperingati anda bahawa buku anda sudah hampir tamat tempoh. Sedarkah anda dengan perkara ini? atau adakah anda sedar yang email anda tidak aktif? Jika anda sedar sudah pasti anda tidak akan di denda. Anda sedar atau tidak buku yang bertanda putih adalah buku yang harganya RM 500 ke atas sehingga mencecah ribuan ringgit. Jika anda hilangkan buku tersebut anda akan dikenakan denda seperti membayar 2 kali ganda harga buku tersebut mengikut nilai semasa atau menggantikan buku yang serupa dengan buku yang anda hilangkan itu. Jika anda tidak mampu membayarnya ijazah anda akan ditahan selagi anda tidak menjelaskannya. Oleh itu berwaspadalah...jadilah seorang yang peka...jangan kerana sebuah buku anda dibebani dengan masalah lain.
Email 'Review Notice'
Email 'Books Overdue'
Buku yang bertanda putih
Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan perkara di atas sila hubungi Kaunter Perkhidmatan Akses di talian 04-9798269 atau email ke sirkulasi@unimap.edu.my
Disediakan oleh :
Azhar Ahmad,
Pembantu Perpustakaan,
Unit Perkhidmatan Akses.
Saya sokong artikel ini kerana pada pandangan dan pemerhatian saya ada dikalangan pelajar2 UniMAP tidak tahu dan ambil peduli tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan. Malahan sebagai seorang pelajar perlu ada sifat ingin tahu. Ada satu kes kawan saya bagi hilang buku yang bertanda pelekat putih, bila nak konvo dia terpaksa bayar RM 1400.00. Kerana nak dapat ijazah terpaksalah bayar. Jadi renung-renugkan dan selamat beramal..
ReplyDeleteBetul tu...saya sokong 200 %... Pengajaran dari kes tersebut..semua pelajar perlu lebih peka dan lebih bertanggungjawab terhadap semua perkara. Kalau leka dan tak ambil tahu, w/pun hanya denda rm0.10, pasti akan menyulitkan pelajar masa nak berijazah nanti. Jadi fikir2kan lah... kerana fikir itu pelita hati..
ReplyDeleteSokongan penuh dan ambil iktibar dengan sewajarnya.
ReplyDelete