Monday, February 2, 2009

Lawatan Kerja Dari Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Transkrian.



Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan sempena lawatan delegasi dari Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian seramai 11 orang. Delegasi tersebut di ketuai oleh Ketua Perpustakaan, En. Haji Ali Bin Abd Rahim dan beberapa orang pustakawan. Rombongan tersebut diberi taklimat terkini berkaitan perkembangan Perpustakaan oleh Ketua Pustakawan Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin dan taklimat ringkas berkenaan Repositori Institusi UniMAP yang telah disampaikan oleh Pustakawan Unit Repositori Digital dan Media iaitu En. Mohd Shahrul Annuar Alawi. Taklimat ringkas berkenaan Bengkel ENDNOTE dan Bengkel Kaedah Penyelidikan telah disampaikan oleh Pustakawan Unit Runding Maklumat iaitu En. Nizam Md Azid. Delegasi kemudiannya di bawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

8 comments:

  1. (Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.)
    ayat ni mcm pelik je. tak sesuai langsung.

    ReplyDelete
  2. kata 11 org yang melawat. ada 9 jer org je. mana lg 2 org?

    ReplyDelete
  3. Ye,,
    rasanya mcm ni kot ' Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari dan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenagan'

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas komen yang diberikan. Untuk makluman pembetulan ayat telah dibuat.

    ReplyDelete
  5. Dari 11 orang yang hadir hanya 2 orang staf tidak dapat bersama dalam majlis tersebut kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.

    ReplyDelete
  6. Kenapa tak ambil gambar dengan semua staf?

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan staf sedang bertugas di unit masing-masing. Justeru, mereka tidak dapat bersama-sama dengan deligasi tersebut.

    ReplyDelete
  8. yg 2 org tu p sembahyang kt tingkat 11.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...