Monday, June 29, 2009

Pameran Perpustakaan Sempena Minggu Suai Kenal Pelajar-Pelajar Baru Sesi 2009/2010





28 Jun 2009, Perpustakaan sekali lagi mengambil bahagian dalam aktiviti pameran sempena Minggu Suai Kenal Pelajar-Pelajar Baru Sidang Akademik 2009/2010 bertempat di Kolej Kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis. Aktiviti tersebut merupakan salah satu acara tahunan di dalam kalendar Perpustakaan dan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan Perpustakaan kepada pengguna khususnya kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar ke UniMAP. Ruang pameran Perpustakaan telah dihiasi dengan maskot 'ladybird' dan bertemakan 'library... where your imagination takes flight'. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail, Tuanku Canselor UniMAP berkenan mencemar duli dan berangkat hadir ke ruang pameran Perpustakaan. Baginda tertarik dengan maskot 'ladybird' yang dihasilkan oleh staf Perpustakaan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan Kakitangan Perpustakaan (3K)



27 Jun 2009, Kelab Kebajikan dan Kakitangan Perpustakaan UniMAP (3K) telah meraikan staf-staf dalam satu majlis yang penuh bermakna iaitu majlis makan malam. Majlis tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf. Jamuan makan malam tersebut telah dihadiri hampir kesemua staf dan diadakan di ruang diskusi Perpustakaan UniMAP. Beberapa program telah diaturkan didalam majlis makan malam tersebut iaitu berkaraoke, 'musical chair', cabutan nombor bertuah dan acara memotong kek sempena sambutan hari lahir staf. Beberapa orang staf telah menunjukkan kebolehan bernyanyi pada malam tersebut seperti En. Azhar, En. Ahmad Syahir, En. Hamdan, En. Roy, En. Md Nizam, En Fadzlihaimi dan En. Mohd Fazlullah serta beberapa orang lagi staf. Semoga adanya majlis yang sebegini rupa akan memantapkan lagi perpaduan, hubungan kerja dan kebajikan sesama kita semua.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, June 22, 2009

Lawatan Ilmiah Dari Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.






19 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan ilmiah dari Kolej MARA, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Deligasi seramai 30 orang yang diketuai oleh Puan Norsitah Binti Shaari dan terdiri daripada pelajar, pensyarah serta staf Pusat Sumber Pembelajaran Kolej MARA turut hadir bersama. Tujuan utama lawatan tersebut adalah membuat penanda aras perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di Perpustakaan UniMAP. Taklimat dan ucapan selamat datang telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA) dan dibantu oleh En. Shafrizan Affendi Shafferi, Puan Maziah Md Isa, Cik Azni Yantee Abdul Raoh, En. Azhar Ahmad dan En Royifazulmaldy Zakaria. Mereka telah dibawa melihat sekitar Perpustakaan UniMAP serta ditunjukkan cara penggunaan Pengkalan Data, OPAC, D-Space dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam Perpustakaan UniMAP. Mengakhiri majlis, sesi penyampaian cenderamata dan bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Turut disediakan sedikit jamuan ringan kepada deligasi.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjungan Pelajar Dari Negara Republik Yaman, Al-Jumhūriyyah al-Yamaniyyah.






18 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP dengan sukacitanya meraikan kunjungan pelajar-pelajar dari Negara Republik Yaman, Al-Jumhūriyyah al-Yamaniyyah seramai 40 orang. Deligasi diketuai oleh Encik Abdulbari dan diiringi oleh Cik Irma dari Pusat Komunikasi, Kemahiran dan Keusahawanan UniMAP. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin Pustakawan Unit Akses (UPA) dan dibantu oleh En. Shafrizan Affendi Shafferi, En. Md Nizam Azid dan Puan Maziah Isa. Rombongan telah dibawa melihat kemudahan yang terdapat di Perpustakaan dan juga penggunaan OPAC, D-Space, laman Web Perpustakaan dan sebagainya. Kehadiran pelajar-pelajar tersebut ke UniMAP bertujuan mendedahkan budaya dan cara pembelajaran di UniMAP supaya mereka berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini. Mengakhiri lawatan, sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Friday, June 19, 2009

International Conference On Libraries (iCOL) 2009, Peneng Island.




15-16 Jun 2009, Sempena menyambut hari ulang tahun yang ke 40 Universiti Sains Malaysia (USM), Perpustakaan Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan 'International Conference on Libraries 2009' (ICOL 2009) dengan bertemakan "Transforming Towards a Sustainable Tomorrow". Sehubungan itu, dua orang staf dari Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu Pustakawan Kanan, Puan Mazmin Mat Akhir dan Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA), Puan Nazirah Zainul Abidin telah menghadiri persidangan tersebut yang berlangsung selama dua hari di Hotel Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Staf UniMAP Ke Seminar Kebangsaan Pembantu Perpustakaan 2009.





Perpustakaan masa kini berhadapan dengan pelbagai perubahan persekitaran seperti evolusi teknologi dan pencapaian ilmu, peningkatan jangkaan pengguna terhadap perkhidmatan maklumat dan keperluan kemahiran menggunakan teknologi serta alat-alat untuk memperoleh, mengelola dan menyediakan maklumat.

Sejajar dengan cabaran tersebut, buat pertama kalinya, satu seminar yang khusus dalam membincang dan mendalami profesyen Pembantu Perpustakaan peringkat kebangsaan diadakan dari 02 - 04 Jun 2009 di Hotel City Bayview, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. Seminar tersebut telah dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Dua orang staf dari Perpustakaan UniMAP telah menghadiri seminar tersebut iaitu En. Mohd Fazlullah Mohd Zain dan En. Syed Mohd Helmi Syed Azmi.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut iaitu:

Kertas Kerja 1 : Peranan Pembantu Perpustakaan dalam era perpustakaan masa hadapan.
Y.M Prof. Dato' Dr. Raja Abdullah Raja Yaakob
(Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara)

Kertas Kerja 2 : Trend dan cabaran teknologi maklumat masa kini.
Prof. Madya Dr. Juhana Salim
(Ketua Jabatan Sains Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Kertas Kerja 3 : Komunikasi efektif kearah perkhidmatan berkualiti.
Dr. Hj Syd Abdul Rahman Hj. Syd Zin
(Pensyarah Kanan, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia)

Kertas Kerja 4 : Islam, iman dan ihsan dalam pekerjaan.
Tuan Syeikh Ahmad Fisol Omar
(Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Kedah)

Kertas Kerja 5 : Integriti teras modal insan berkualiti.
Tuan Haji Elias Zakaria
(Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia)

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, June 15, 2009

Kunjungan Hormat Dari Xinjiang Agricultural University, Negara Republik Rakyat China.





12 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan hormat deligasi dari Xinjiang Agricultural University, Negara Republik Rakyat China. Seramai tiga delegasi dari China yang terdiri daripada Naib Presiden Xinjiang Agricultural University, China, Prof. Abdulaiti Abuduyima, Pengarah Pusat Antarabangsa Xinjiang Agricultural University, Prof Zhang Yong Ping dan Pengawai Pengantarabangsaannya, Maiwulan Amutihali mengadakan lawatan sekitar UniMAP dan Perpustakaan bagi mengetahui teknologi terkini yang digunakan oleh Universiti dan Perpustakaan UniMAP. Lawatan selama tiga hari bermula dari 11 hingga 13 Jun itu merupakan platform ke arah perkongsian kepakaran serta penghasilan produk yang boleh dikongsi bagi meningkatkan kualiti penyelidikan antara kedua-dua negara.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjungan Ilmiah Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.





10 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan deligasi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Rombongan terdiri daripada pelajar tingkatan satu, empat dan lima seramai 60 orang dan enam guru pengiring. Taklimat serta ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Azhar Ahmad, Pembantu Perpustakaan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Deligasi kemudianya dibawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP dan diiringi oleh beberapa orang pustakawan iaitu Puan Akmal Abd Karim, Cik Hasdarinar Abdul Jalal dan Cik Azni Yantee Abd Raoh. Mengakhiri lawatan tersebut sesi penyampaian cenderamata serta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, June 1, 2009

Lawatan Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak Darul Ridzuan.






02 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima lawatan dari Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Deligasi diketuai oleh dua orang guru pengiring iaitu En. Mohd Tamizi Mohd Amin (Guru Kaunselor) dan En. Noh Hassan Basari Mohamad Noh serta seorang Naib Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) En. Mohd Zahid yang mengetuai 30 orang pelajar yang kesemuanya daripada pihak Jawatankuasa Kelas Rancangan Khas (KRT), Pelajar Cemerlang Tingkatan Satu dan Dua. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Seterusnya, deligasi dibawa melawat sekitar Perpustakaan oleh beberapa orang Pustakawan iaitu Puan Maziah Md Isa, Puan Norakmal Abd Karim, Cik Azni Yanti Abdul Raoh dan Puan Suhaidah Mat Rus@Darus. Pelajar-pelajar tersebut diberikan penerangan berkaitan cara pinjaman buku layan diri menggunakan 'Self Check', OPAC dan mempromosikan web serta laman blog Perpustakaan. Mengakhiri lawatan tersebut sesi penyampaian cenderamata dan bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...