Thursday, December 11, 2008

E-Resources: Capaian kepada sumber maklumat elektronik

Selain bahan bercetak seperti buku dan lain-lain, Perpustakaan UniMAP juga menyediakan kemudahan sumber maklumat dalam format elektronik kepada para pengguna perpustakaan. Perpustakaan telah melanggan lebih dari 20 pangkalan data yang memuatkan koleksi dalam format elektronik seperti e-buku, e-jurnal, tesis, ensiklopedia, kamus dan lain-lain.

Sehingga September 2008, Perpustakaan menawarkan 56,534 judul e-buku dan 8,642 judul e-jurnal yang boleh diakses secara atas talian. Pengguna yang tidak berkesempatan untuk datang ke perpustakaan masih boleh mendapatkan maklumat untuk tujuan penyelidikan mereka dengan hanya mengakses kepada sumber elektronik perpustakaan dari mana-mana sahaja dengan menggunakan internet. Inilah yang dikatakan maklumat dihujung jari.

Untuk mengakses kepada pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan sama ada dari dalam atau luar UniMAP Perpustakaan menyediakan perkhidmatan Ezproxy. Ezproxy boleh diakses melalui pautan e-Resources yang terdapat di laman web perpustakaan dengan memasukkan kata nama dan kata laluan terlebih dahulu. Panduan tentang kata nama dan kata laluan ada diberikan pada laman tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Runding Maklumat di talian 04-9798601 atau email kepada rujukan@unimap.edu.my

Maziah binti Md Isa
Unit Runding Maklumat,
Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Monday, December 1, 2008

Kaunter Runding Maklumat : Apa fungsinya?

Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di sini?
Untuk makluman Kaunter Runding Maklumat juga berfungsi sebagai kaunter pertanyaan di Perpustakaan. Namun memandangkan perkhidmatan seperti penasihat pembaca dan lain-lain yang berbentuk rujukan juga ditawarkan di sini maka Runding Maklumat adalah terma yang sesuai digunakan. Kaunter Runding Maklumat adalah di bawah tanggungjawab Unit Runding Maklumat, Perpustakaan.

Berikut adalah perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Unit Runding Maklumat:
• Penasihat pembaca
• Runding Maklumat & Rujukan
• Program Literasi Maklumat
• Bengkel EndNote
• Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
• Perkhidmatan Atas Talian
• Cetakan Rangkaian

`Kami Sedia Membantu Anda`

Akmal Hafizal Bin Abd Hadi
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

Program Suluh Bacaan : Warga UniMAP Dialu-alukan Untuk Mengambil Bahagian

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dengan kerjasama Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan UniMAP akan menganjurkan Program Suluh Bacaan yang bertujuan untuk menggalakkan minat membaca dikalangan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun.

Dalam usaha untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Perlis, UniMAP telah bersetuju untuk memberi kerjasama dengan menawarkan khidmat sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar untuk program ini. Sukarelawan akan memainkan peranan sebagai pencerita atau story teller dan program ini akan dilaksanakan di lokasi terpilih di negeri Perlis. Semua sukarelawan akan diberi latihan terlebih dahulu sebelum mengendalikan program ini.


Bengkel untuk melatih sukarelawan dicadangkan diadakan pada 10 & 11 Januari 2009 dan program ini dijadualkan diadakan pada Februari 2009.

Peluang untuk mendaftar sebagai sukarelawan bercerita masih terbuka kepada mereka yang berminat. Pertanyaan lanjut mengenainya boleh dibuat dengan menghubungi Pn. Mazmin Mat Akhir atau En. Md Nizam Azid di sambungan 04-9798777 / 04-9798133.

Thursday, November 27, 2008

Kemudahan Cetakan (Printing) di Perpustakaan

Kemudahan cetakan disediakan di kedua-dua bilik CAI(Computer Aided Instruction). Sistem kawalan cetak (print controller system) membolehkan pengguna memilih dokumen yang ingin dicetak apabila diperlukan. Pengguna perlu membeli kad magnetik daripada Kaunter Perkhidmatan Akses pada kadar harga RM5.00 dan RM 10.00 sekeping sebelum menggunakan kemudahan ini.


Mohd Fazlullah bin Mohd Zain
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

Kemudahan Komputer dan Internet di Perpustakaan

Kemudahan komputer untuk akses internet disediakan di bilik CAI 1 dan CAI 2. Terdapat 30 unit komputer sedia untuk digunakan selepas mendaftar di Kaunter Runding Maklumat (pada waktu pejabat) dan di Kaunter Perkhidmatan Akses (selepas waktu pejabat dan hari cuti). Pengguna dihadkan kepada satu (1) jam untuk setiap sesi tetapi boleh memohon untuk teruskan penggunaan sekiranya tiada permintaan daripada pengguna lain.

Mohd Fazlullah bin Mohd Zain
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan

DSpace Sebagai Sistem Repositori Perpustakaan


Di kalangan warga Perpustakaan UniMAP, DSpace mungkin merupakan perkataan yang biasa didengar. Sebenarnya DSpace merupakan perisian yang digunakan untuk tujuan membangunkan repositori institusi (Institutional Repository atau IR) dalam format digital.
Selain DSpace terdapat beberapa lagi perisian yang digunakan untuk membangunkan IR pada masa kini iaitu seperti EPrints dan Fedora.

Apa yang ada di dalam IR Perpustakaan UniMAP?

Berikut adalah bahan-bahan yang terdapat di dalam IR Perpustakaan:

i. Kertas Kerja Persidangan
ii. Laporan Projek Tahun Akhir
iii. Artikel Jurnal
iv. Tesis
v. Gambar
vi. Teks Ucapan Naib Canselor
vii. Dan lain-lain

Akses IR sekarang sama ada melalui
laman web Perpustakaan dengan mengkases pautan Digital Repository atau klik di sini.

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas adalah dialu-alukan.

Mohd Shahrul Annuar Alawi
Unit Repositori Digital & Media, Perpustakaan UniMAP

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

Wednesday, November 26, 2008

Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)

PAP membolehkan pengguna perpustakaan mendapatkan bahan seperti buku, artikel jurnal dan sebagainya yang tidak terdapat di dalam Perpustakaan UniMAP dari perpustakaan lain. Sebagai contoh, jika bahan tersebut terdapat di Perpustakaan USM maka pengguna boleh memohon Perpustakaan UniMAP meminjam buku tersebut untuk mereka.

Bagaimana nak mohon?

Dapatkan borang PAP atau ILL (Interlibrary Loan), isikan butir-butir yang diminta dan hantarkan ke rujukan@unimap.edu.my

Siapa boleh memohon?

Semua pengguna Perpustakaan atau warga UniMAP.


Harap maklum.

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

Saturday, November 22, 2008

Koleksi e-buku Ebrary melebihi koleksi buku Perpustakaan UniMAP

Ebrary merupakan pangkalan data e-buku (e-books) yang baru dilanggan oleh Pepustakaan UniMAP. Bagaimana dikatakan koleksi Ebrary melebihi koleksi Perpustakaan UniMAP? Untuk makluman, Ebrary menawarkan lebih 38 ribu judul buku dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan secara online dan kesemuanya boleh diakses oleh warga UniMAP. Ebrary boleh diakses sama ada dari dalam dan luar unimap.

Campus access
Remote access

Akses sekarang dan kami menunggu sebarang komen atau pandangan mengenai pangkalan data ini.

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan

Thursday, November 13, 2008

Peluang Penyelidik UniMAP Terbitkan Artikel Penyelidikan Secara Percuma

Hindawi Publishing Corporation merupakan penerbit komersial yang menerbitkan bahan-bahan ilmiah dalam bidang Sains, Teknologi dan Perubatan (STM) . Hindawi merupakan satu-satunya penerbit yang membangunkan koleksi jurnal secara Open Source. Bagi memastikan setiap jurnal yang diterbitkan mencapai tahap kualiti yang terbaik kebanyakkan jurnalnya diterbitkan dengan kerjasama badan profesional dan akademik yang diiktiraf seperti Connective Tissue Oncology Society, European Association for Signal Processing, European Musculo-Skeletal Oncology Society dan banyak lagi.

Sehingga kini Hindawi telah menerbitkan lebih 125 judul jurnal dan kebanyakannya telah diindeks dalam pangkalan data indeks dan abstrak seperti Scopus, Journal Citation Report, INSPEC, dan lain-lain.

Pada November 2008, UniMAP telah menjadi ahli institusi kepada Hindawi Publishing Corporation. Ini membolehkan artikel akademik warga UniMAP diterbitkan tanpa sebarang caj pemprosesan (article processing fee).

Panduan dan syarat-syarat untuk menerbitkan artikel didalam Hindawi disediakan di laman webnya.

Laman Hindawi boleh diakses melalui laman web perpustakaan di http://mylib.unimap.edu.my/

Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dari anda berkaitan hal ini.

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

Saturday, November 8, 2008

Laman Web Perpustakaan


Perpustakaan telah melancarkan laman web baru di http://mylib.unimap.edu.my. Kami ingin mendengar komen dan pandangan membina anda mengenai laman web kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...