Friday, February 13, 2009

1000 pelajar boleh menggunakan sebuah buku dalam masa yang sama?

Percaya atau tidak, dengan mempunyai asas kemahiran pencarian maklumat, kenyataan di atas adalah tidak mustahil.


Untuk makluman, buku seperti tajuk di bawah hanya ada satu sahaja di perpustakaan UniMAP.


Tajuk: VHDL: programming by example

Pengarang: Douglas L. Perry

Edisi: 4th edition


Secara logiknya, sekiranya buku ini telah dipinjam sama ada oleh pelajar mahupun pensyarah maka buku ini hanya boleh digunakan oleh peminjam tersebut atau rakan-rakan mereka sahaja pada satu-satu masa.


Bagaimanakah yang dikatakan orang lain juga boleh menggunakan buku ini sewaktu buku ini sedang dipinjam? Bukan seorang, tapi lebih dari 1000 orang.


Apa pandangan pengguna perpustakaan berkaitan hal ini?


Md Nizam Azid

Pustakawan

Unit Runding Maklumat, Perpustakaan

ISO 9001:2000 in Academic Libraries

Nuria Balague Mola has compeleted her PhD thesis on "The use of ISO 9001 quality standard in higher education insitution libraries". The article (summary of the thesis) described the findings on libraries education insitutions that have received ISO certification. She examined reasons for seeking certification and the advantages and difficulties encountered by the libraries in applying ISO standard. She also touched on the future prospects of ISO standard 9001 in academic libraries. The results were based on 121 libraries from various countries including Malaysia.
We may have her as a resource person on the field of Quality Management or ISO 9001:2000. Contact :
Núria Balagué PhD
Deputy Director
Library Service
Universitat Autonoma de Barcelona
Edifici N
08193 Bellaterra (Barcelona) SPAIN
e-mail nuria.balague@uab.es
web http://bd.ub.es/pub/balague/

Sumber: Universitat Autònoma de Barcelona

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses

Wednesday, February 11, 2009

KOLEKSI TESIS

Tesis merupakan laporan bertulis mengenai penyelidikan yang dihasilkan pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah oleh kakitangan akademik Universiti serta pelajar Universiti. Sehingga kini Perpustakaan UniMAP mempunyai sebanyak 21 naskah tesis yang dihasilkan oleh pelajar UniMAP dan 17 naskah tesis oleh kakitangan UniMAP yang melanjutkan pengajian di luar UniMAP.

Semua koleksi tesis ini boleh dirujuk di Unit Bersiri dan Dokumen, Tingkat 1 Perpustakaan UniMAP mengikut waktu bekerja iaitu 9.00 pagi – 5.00 petang. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja. Pengguna adalah dilarang membuat salinan fotokopi atau merakam gambar dan teks menggunakan telefon bimbit berkamera.

Pengguna boleh melakukan pencarian tesis melalui laman web Perpustakaan. Pencarian tesis boleh dilakukan dengan menggunakan nama pengarang dan judul tesis. Selain itu pengguna juga boleh mengetahui senarai tesis dari semua IPTA melalui Portal PERPUN (Malaysian Thesis Online) yang boleh dicapai melalui laman web Perpustakaan UniMAP.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Bersiri dan Dokumen di talian 04-9798268 atau email kepada
bersiri@unimap.edu.my

Norakmal Bt Abd Karim
Unit Bersiri dan Dokumen
Perpustakaan UniMAP

Friday, February 6, 2009

FAQ : Laman Web Perpustakaan

Ruangan FAQ didalam laman web Perpustakaan telah dikemaskini. Para pengguna Perpustakaan yang mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan berkaitan kemudahan, penggunaan, koleksi Perpustakaan dsbnya, boleh merujuk kepada ruangan tersebut. Terdapat beberapa jenis soalan - soalan yang mungkin dapat membantu para pengguna dalam memudahkan urusan dalam penggunaan kemudahan yang ditawarkan di Perpustakaan.
Lawati laman web perpustakaan di
http://mylib.unimap.edu.my dan klik pada FAQ di ruangan Library Resources.



Disediakan oleh :
Unit Sistem, Jabatan Perpustakaan
libsystem@unimap.edu.my


Thursday, February 5, 2009

67 Hari...



Pada 01 Disember 2008 Perpustakaan menerima tiga pelajar praktikal tahun akhir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam iaitu En. Dzullhailie Bin M Bakri, En. Mohd Fadlli Bin A. Rahim dan Cik Anis Shazwani Binti Abidin. Sesi latihan praktikal pelajar-pelajar tersebut dijalankan melalui penempatan di setiap unit-unit yang terdapat di Perpustakaan UniMAP. Mereka di beri tunjuk ajar dan merasai sendiri pengalaman bertugas seperti staf-staf yang lain. Disamping itu, mereka juga dilantik menjadi sukarelawan Program Suluh Bacaan yang dianjurkan oleh PERTIWI dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Perpustakaan UniMAP. Pengalaman menjalani praktikal di sini memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk mereka menyesuaikan diri pada masa akan datang dalam dunia Kepustakawanan. Justeru, tanggal 6 Februari 2009 tepat pukul 5.10 petang maka akan berakhirlah sesi latihan praktikal bersama Perpustakaan UniMAP. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas selesai sesi pembentangan laporan praktikal oleh mereka bertiga. Semoga mereka berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi.

Good luck!

Gambar bersama Ketua Pustakawan dan Pustakawan Kanan Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, February 2, 2009

Lawatan Kerja Dari Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Transkrian.



Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan sempena lawatan delegasi dari Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian seramai 11 orang. Delegasi tersebut di ketuai oleh Ketua Perpustakaan, En. Haji Ali Bin Abd Rahim dan beberapa orang pustakawan. Rombongan tersebut diberi taklimat terkini berkaitan perkembangan Perpustakaan oleh Ketua Pustakawan Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin dan taklimat ringkas berkenaan Repositori Institusi UniMAP yang telah disampaikan oleh Pustakawan Unit Repositori Digital dan Media iaitu En. Mohd Shahrul Annuar Alawi. Taklimat ringkas berkenaan Bengkel ENDNOTE dan Bengkel Kaedah Penyelidikan telah disampaikan oleh Pustakawan Unit Runding Maklumat iaitu En. Nizam Md Azid. Delegasi kemudiannya di bawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...