Tuesday, December 8, 2009

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009






08 Disember 2009, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 diadakan khusus untuk semua staf Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis. Penganjuran seminar ini berkait rapat dengan matlamat utnuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat yang merupakan proses utama (core business process) Jabatan Perpustakaan.

Objektif Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 dilaksanakan berdasarkan kepada perkara berikut:
  • Meningkatkan pengetahuan staf Perpustakaan dalam pelbagai perkhidmatan terkini yang ditawarkan.
  • Mewujudkan kesedaran tentang teknologi terkini yang dimanfaatkan di Perpustakaan.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Perpustakaan melalui staf berilmu dan komited.

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 meliputi bidang yang menfokuskan kepada perkhidmatan dan kemudahan di semua Unit meliputi Perkhidmatan Akses, Runding Maklumat, Sistem, Repositori Digital dan Media, Penerbitan, Perolehan, Katalog dan Metadata, Bersiri dan Dokumen serta Pentadbiran.

Tentatif Program Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan di Bilik Seminar 1, Taman Kechor bermula seawal jam 8.30 pagi menfokuskan mengenai Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Mazmin Mat Akhir dan Scopus oleh Encik Md Nizam Azid. Program diteruskan dengan pembentangan berkaitan Buku Elektronik dan Katalog Atas Talian oleh Puan Suhana Md Taha. Manakala pembentangan berkaitan Sistem Repositori Digital disampaikan oleh Encik Mohd Shahrul Annuar Alawi dan Buku Elektronik oleh Cik Hasdarinar Abdul Jalal. Sehubungan itu, sesi perkongsian sumber dan penghargaan telah diteruskan sehingga semua peserta yang terlibat berehat untuk menikmati jamuan tengahari yang disediakan. Tepat jam 2.00 petang, pembentangan mengenai cara dan langkah Pembaharuan Pinjaman Melalui Sistem telah di sampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin. Pengkalan data Online Britannica telah di bentangkan oleh Puan Norakmal Abdul Karim. Cik Azni Yantee Abd Raoh telah menerangkan berkaitan EzProxy serta mengakhiri seminar tersebut Modul Makmal disampaikan oleh Encik Zulhilizan Othman dan Sesi Perkongsian Sumber telah dibincangkan. Justeru, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan ini dapat membuka minda, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi input yang positif kepada semua staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat kepada pelanggan dan Perpustakaan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, December 7, 2009

Ask Us

Pengguna yang mempunyai sebarang persoalan berkaitan perkhidmatan, koleksi dan lain-lain berkaitan perpustakaan boleh mengajukan soalan tersebut melalui pautan Ask Us yang terdapat di laman web perpustakaan. Ask Us merupakan alternatif kepada semua pengguna perpustakaan selain dari menghubungi Unit Runding Maklumat di talian 04-9798553 atau datang terus ke Kaunter Runding Maklumat, tingkat 2, Perpustakaan.

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat
Perpustakaan UniMAP

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Perpustakaan UniMAP


Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009

10 Zulhijjah 1430 Hijrah


Ikhlas Dari


Jabatan Perpustakaan

Universiti Malaysia Perlis

(UniMAP)

Lawatan Benchmarking Perpustakaan UniMAP ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan USIM





21 - 23 November 2009, Perpustakaan UniMAP telah mengadakan lawatan benchmarking ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia), Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Universiti Putra Malaysia) dan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Objektif utama lawatan tersebut bertujuan mengukur tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna dan juga kemudahan terkini yang terdapat di perpustakaan tersebut serta membuat penanda aras berkaitan perkhidmatan perpustakaan. Sehubungan itu, banyak perkara yang dapat dikongsi bersama semasa melakukan kunjungan ke semua perpustakaan tersebut. Justeru, lawatan benchmarking ini amat memberi kesan yang positif kepada semua warga Perpustakaan UniMAP kearah memberikan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti kelas pertama kepada semua pengguna. Semoga lawatan ini memberikan input yang positif dalam memajukan Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, November 19, 2009

Perpustakaan UniMAP Menerima Dua Orang Staf Baru

16 November 2009, Selamat Datang! Ungkapan pertama ditujukan kepada mereka berdua. Perpustakaan UniMAP dengan sukacitanya mengalu-alukan dan menerima kedatangan dua orang staf baru dalam memenuhi keluarga Perpustakaan. Mereka yang dimaksudkan ialah En. Hanif Bin Harif dan Puan Shuhada Binti Mohamad Jamal. Mereka berdua akan ditempatkan di dua unit yang berasingan iaitu Unit Perkhidmatan Akses (UPA) dan Unit Repositori Digital Dan Media. Semoga mereka berdua dapat menjalankan tugas dengan baik, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memajukan diri sendiri dan Perpustakaan serta memberikan komitmen yang tinggi dan jitu kepada UniMAP. Selamat mejalankan tugas.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, November 9, 2009

Dua Agen Pelajar Antarabangsa Dari Negara Republik Rakyat China Berkunjung Ke Perpustakaan UniMAP





09 November 2009, Dua Agen Pelajar Antarabangsa dari Negara Republik Rakyat China berkunjung ke Perpustakaan UniMAP dalam rangka lawatan dan menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dari Negara China ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Taklimat telah disampaikan oleh En. Nizam Md Azid, Puan Nazirah Zainul Abidin dan Puan Maziah Mat Isa. Mereka juga dibawa melawat sekitar Perpustakaan tingkat satu dan dua.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjugan Pemeriksa Luar Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim






05 November 2009, Perpustakaan UniMAP telah menerima kunjugan dua orang pemriksa luar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim. Deligasi tersebut telah disambut oleh Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan dan beberapa orang Pustakawan. Taklimat berkaitan perkembangan, koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan UniMAP telah disampaikan kepada mereka berdua. Mereka juga dibawa melawat ke Ruang Tambahan Baru Perpustakaan UniMAP.
Royifazulmaldy Bin Zakari (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)