Tuesday, December 29, 2009

Wajah Baru Ruang Santai Perpustakaan Dan Ruang Diskusi






Perpustakaan UniMAP menggunakan sepenuhya ruang yang ada demi keselesaan pengguna Perpustakaan. Kini Ruang Santai Perpustakaan Tingkat Dua Bangunan KWSP, Kangar telah berwajah baru dengan bertemakan warna oren dan Bilik Diskusi bertemakan warna merah. Idea dan konsep pengubahsuaian ruang ini merupakan salah satu projek yang terkini untuk menarik minat warga kampus UniMAP berkunjung ke Perpustakaan. Kunjungilah hari ini..
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Perpustakaan Mini, Kampus UniMAP, Ulu Pauh Mula Beroperasi





28 Disember 2009, merupakan hari dan detik yang paling bersejarah kepada semua warga Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kerana dengan bangga dan rasminya Perpustakaan Mini , Kampus UniMAP, Ulu Pauh mula beroperasi sepenuhnya. Penat dan lelah serta kekangan masa selama dua bulan amat memeritkan untuk membangunkan Perpustakaan Mini tersebut. Berkat serta kesabaran dan kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan Perpustakaan secara langsung atau tidak langsung, akhirnya berjaya membangunkan dan menyiapkan Perpustakaan itu. Kunjungan Pertama Naib Canselor serta Pegawai Utama Universiti dan Ketua-Ketua Jabatan semasa hari pembukaan amat membanggakan semua warga Perpustakaan. Kini, kami boleh menarik sedikit nafas lega kerana semua kemudahan dan perkhidmatan di Perpustakaan Mini akhirnya lengkap sepenuhnya. Justeru, diharapkan semua pengguna dapat berkunjung dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaaan dengan semaksimum yang mungkin. Perpustakaan Mini, Kampus UniMAP, Ulu Pauh terletak di Sayap Timur Bangunan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan atau anda boleh hubungi kauter utama di talian 04-9885157 atau pejabat 04-9885156. Kunjungilah hari ini juga..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, December 24, 2009

Lawatan Dari Pengurusan Tertinggi Syarikat Penerbangan Air Asia





24 Disember 2009, Perpustakaan UniMAP mengalu-alukan kedatangan dua orang dari Pengurusan Tertinggi Syarikat Penerbangan Air Asia membuat kunjungan singkat ke Perpustakaan. Kunjugan mereka adalah memenuhi rangka lawatan bertemu bersama Naib Canselor UniMAP. Kunjugan mereka telah disambut oleh Puan Mazmin Mat Akhir selaku Pustakawan Kanan dan taklimat berkaitan perkembangan serta perkhidmatan Perpustakaan turut disampaikan dan dibantu oleh beberapa orang pustakawan.
Royifazumaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Perpustakaan Mini Kampus UniMAP, Ulu Pauh Bakal Beroperasi, Tunggu !..






Perpustakaan UniMAP dengan bangganya mengorak langkah sekali lagi dengan menubuhkan Perpustakaan Mini di Kampus UniMAP, Ulu Pauh. Pembinaan dan pengubahsuaian pusat sumber di Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan menjadi Perpustakaan sedang rancak dilaksanakan. Tujuan penubuhan Perpustakaan mini tersebut kerana dua buah pusat pengajian akan beroperasi pada semester hadapan. Sehubungan itu, bagi memudahkan pelajar-pelajar tersebut maka Perpustakaan mini telah dibangunkan. Sehingga kini pengubahsuaian Perpustakaan telah hampir siap sehingga 90 peratus dan elemen-elemen warna seperti merah dan putih menghiasi ruang dalaman Perpustakaan tersebut. Nantikanlah operasinya.. Tunggu..


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjungan Deligasi Unit Media, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Kedah Darul Aman





23 Disember 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan muhibbah dari deligasi Unit Media, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Kedah Darul Aman. Seramai 15 orang deligasi yang hadir dan diketuai oleh Encik Elhami. Taklimat berkaitan perkembangan dan perkhidmatan Perpustakaan UniMAP telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin selaku Pustakawan Unit Akses. Lawatan tersebut bertujuan membuat perbandingan dan sebagai penanda aras perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, December 14, 2009

Demo Pengkalan Data WizFolio Dan Serials Solution









09 Disember 2009, Syarikat Access Dunia Sdn. Bhd. telah mempersembahkan demo produk iaitu WizFolio dan Serials Solution. Demo produk tersebut telah di sampaikan oleh Doree Ng dan Ng Ching Guan bertempat di CAI 3 Perpustakaan Tingkat Satu. Kehadiran terdiri daripada Pustakawan Kanan, Pustakawan dan Wakil dari Pusat Pengajian. WizFolio iaitu produk yang boeh membantu dan mengajar pengguna bagaimana untuk membuat senarai rujukan atau bibliografi. Produk tersebut boleh membantu pengguna mengumpul dan menyusun maklumat bibliografi mengikut pelbagai format yang dikehendaki. Serials Solution 360 menawarkan pelbagai pakej produk antaranya:
  • 360 Search
  • 360 Resource Manager
  • 360 Counter
  • 360 MARC
  • 360 Link
Kesemua produk yang ditawarkan adalah bertujuan memantapkan lagi peranan dan fungsi Perpustakaan sebagai pusat ilmu dan rujukan bagi semua pengguna Perpustakaan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Tuesday, December 8, 2009

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009






08 Disember 2009, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 diadakan khusus untuk semua staf Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis. Penganjuran seminar ini berkait rapat dengan matlamat utnuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat yang merupakan proses utama (core business process) Jabatan Perpustakaan.

Objektif Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 dilaksanakan berdasarkan kepada perkara berikut:
  • Meningkatkan pengetahuan staf Perpustakaan dalam pelbagai perkhidmatan terkini yang ditawarkan.
  • Mewujudkan kesedaran tentang teknologi terkini yang dimanfaatkan di Perpustakaan.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Perpustakaan melalui staf berilmu dan komited.

Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 meliputi bidang yang menfokuskan kepada perkhidmatan dan kemudahan di semua Unit meliputi Perkhidmatan Akses, Runding Maklumat, Sistem, Repositori Digital dan Media, Penerbitan, Perolehan, Katalog dan Metadata, Bersiri dan Dokumen serta Pentadbiran.

Tentatif Program Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan di Bilik Seminar 1, Taman Kechor bermula seawal jam 8.30 pagi menfokuskan mengenai Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Mazmin Mat Akhir dan Scopus oleh Encik Md Nizam Azid. Program diteruskan dengan pembentangan berkaitan Buku Elektronik dan Katalog Atas Talian oleh Puan Suhana Md Taha. Manakala pembentangan berkaitan Sistem Repositori Digital disampaikan oleh Encik Mohd Shahrul Annuar Alawi dan Buku Elektronik oleh Cik Hasdarinar Abdul Jalal. Sehubungan itu, sesi perkongsian sumber dan penghargaan telah diteruskan sehingga semua peserta yang terlibat berehat untuk menikmati jamuan tengahari yang disediakan. Tepat jam 2.00 petang, pembentangan mengenai cara dan langkah Pembaharuan Pinjaman Melalui Sistem telah di sampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin. Pengkalan data Online Britannica telah di bentangkan oleh Puan Norakmal Abdul Karim. Cik Azni Yantee Abd Raoh telah menerangkan berkaitan EzProxy serta mengakhiri seminar tersebut Modul Makmal disampaikan oleh Encik Zulhilizan Othman dan Sesi Perkongsian Sumber telah dibincangkan. Justeru, Seminar Perkhidmatan Maklumat 2009 yang diadakan ini dapat membuka minda, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi input yang positif kepada semua staf Perpustakaan dalam aspek perkhidmatan maklumat kepada pelanggan dan Perpustakaan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Tiga Orang Staf Perpustakaan UniMAP Ke Kursus Pemantapan Pengurusan Perpustakaan, UiTM Merbok, Kedah Darul Aman

07 - 09 Disember 2009, Tiga orang staf Perpustakaan UniMAP telah dipilih untuk mengikuti Kursus Asas Pemantapan Pengurusan Perpustakaan yang telah diadakan selama tiga hari bertempat di UiTM Merbok, Kedah Darul Aman. Pengisian beberapa tajuk yang telah dibincangkan didalam program tersebut seperti Pembangunan Kerjaya Di Perpustakaan : Terokai Kejayaan Anda Sendiri telah di hoskan oleh Puan Haziah Sa'Ari. Manakala Pengurusan Rekod Dan Fail telah disampaikan oleh Encik Mohd Abdul Hafiz Bin Md Radzi. Etika Dan Profesional telah disampaikan oleh Encik Mahadi Mahmood. Kualiti Dalam Perkhidmatan Pelanggan adalah tema yang paling utama dalam kursus tersebut dan juga Pengkatalogan Bahan Perpustakaan. Justeru, dengan adanya kursus sedemikian akan meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran staf dalam mempraktikkan kelebihan yang ada supaya perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna akan lebih baik dan dinamik.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, December 7, 2009

Ask Us

Pengguna yang mempunyai sebarang persoalan berkaitan perkhidmatan, koleksi dan lain-lain berkaitan perpustakaan boleh mengajukan soalan tersebut melalui pautan Ask Us yang terdapat di laman web perpustakaan. Ask Us merupakan alternatif kepada semua pengguna perpustakaan selain dari menghubungi Unit Runding Maklumat di talian 04-9798553 atau datang terus ke Kaunter Runding Maklumat, tingkat 2, Perpustakaan.

Md Nizam Azid
Unit Runding Maklumat
Perpustakaan UniMAP

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Perpustakaan UniMAP


Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009

10 Zulhijjah 1430 Hijrah


Ikhlas Dari


Jabatan Perpustakaan

Universiti Malaysia Perlis

(UniMAP)

Lawatan Benchmarking Perpustakaan UniMAP ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan USIM





21 - 23 November 2009, Perpustakaan UniMAP telah mengadakan lawatan benchmarking ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia), Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Universiti Putra Malaysia) dan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Objektif utama lawatan tersebut bertujuan mengukur tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna dan juga kemudahan terkini yang terdapat di perpustakaan tersebut serta membuat penanda aras berkaitan perkhidmatan perpustakaan. Sehubungan itu, banyak perkara yang dapat dikongsi bersama semasa melakukan kunjungan ke semua perpustakaan tersebut. Justeru, lawatan benchmarking ini amat memberi kesan yang positif kepada semua warga Perpustakaan UniMAP kearah memberikan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti kelas pertama kepada semua pengguna. Semoga lawatan ini memberikan input yang positif dalam memajukan Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, November 19, 2009

Perpustakaan UniMAP Menerima Dua Orang Staf Baru

16 November 2009, Selamat Datang! Ungkapan pertama ditujukan kepada mereka berdua. Perpustakaan UniMAP dengan sukacitanya mengalu-alukan dan menerima kedatangan dua orang staf baru dalam memenuhi keluarga Perpustakaan. Mereka yang dimaksudkan ialah En. Hanif Bin Harif dan Puan Shuhada Binti Mohamad Jamal. Mereka berdua akan ditempatkan di dua unit yang berasingan iaitu Unit Perkhidmatan Akses (UPA) dan Unit Repositori Digital Dan Media. Semoga mereka berdua dapat menjalankan tugas dengan baik, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memajukan diri sendiri dan Perpustakaan serta memberikan komitmen yang tinggi dan jitu kepada UniMAP. Selamat mejalankan tugas.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, November 9, 2009

Dua Agen Pelajar Antarabangsa Dari Negara Republik Rakyat China Berkunjung Ke Perpustakaan UniMAP





09 November 2009, Dua Agen Pelajar Antarabangsa dari Negara Republik Rakyat China berkunjung ke Perpustakaan UniMAP dalam rangka lawatan dan menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dari Negara China ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Taklimat telah disampaikan oleh En. Nizam Md Azid, Puan Nazirah Zainul Abidin dan Puan Maziah Mat Isa. Mereka juga dibawa melawat sekitar Perpustakaan tingkat satu dan dua.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjugan Pemeriksa Luar Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim






05 November 2009, Perpustakaan UniMAP telah menerima kunjugan dua orang pemriksa luar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim. Deligasi tersebut telah disambut oleh Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan dan beberapa orang Pustakawan. Taklimat berkaitan perkembangan, koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan UniMAP telah disampaikan kepada mereka berdua. Mereka juga dibawa melawat ke Ruang Tambahan Baru Perpustakaan UniMAP.
Royifazulmaldy Bin Zakari (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...