Thursday, January 8, 2009

TERKINI DI PERPUSTAKAAN UNIMAP


BOOK DROP (Mesin Pemulangan Layan Diri)


Sempena tahun 2009, Perpustakaan UniMAP telah membuat beberapa penambahbaikan bagi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Kini pengguna hanya perlu menyentuh pada skrin untuk memulakan transaksi. Pengguna akan menerima resit pemulangan buku setelah selesai transaksi untuk simpanan dan rujukan.

Book Drop (Mesin Pemulangan Layan Diri) beroperasi 24 jam x 7 hari dan pengguna tidak akan menghadapi masalah pemulangan buku sekiranya Perpustakaan ditutup.

Jika pengguna menghadapi sebarang masalah mengenai penggunaan dan pemulangan buku melalui Book Drop ini, sila berjumpa petugas di Kaunter Perkhidmatan Akses atau hubungi kami di talian +604-9798269

Nazirah Zainul Abidin
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

18 comments:

  1. Kalau bekalan elektrik terputus sewaktu perpustakaan ditutup, buku still boleh hantar kat book drop ka?

    ReplyDelete
  2. Jika bekalan elektrik terputus sewaktu Perpustakaan ditutup maka perkhidmatan book drop tidak dapat digunakan. Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. Habisss... kalau kena denda macamna?

    ReplyDelete
  4. Jika anda mempunyai denda maka pada keesokan harinya anda boleh menjelaskan denda tersebut. Perkara yang terjadi di luar jangkaan seperti kes anda maka pihak kami akan menggunakan budi bicara dalam menyelesaikan kes tersebut.

    ReplyDelete
  5. canggih book drop la....dulu terus drop buku ja...ni br puas hati...dpt tgk buku ok ka x dan dpt resit....tahniah!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

    ReplyDelete
  7. berapa kos buat book drop ni? mahal dak. ingat nak buat satu letak kat umah.

    ReplyDelete
  8. Amat mahal. Justeru, penggunaannya haruslah digunakan semaksimum yang mungkin. Hargailah kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan untuk anda sebagai pengguna yang bijak. Terim kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.:)

    ReplyDelete
  9. nak letak kat umah???

    ReplyDelete
  10. Boleh jika anda mampu. Tetapi anda kena juga hantar buku tersebut ke Perpustakaan. :)

    ReplyDelete
  11. apa belaku klu book drop "hang" masa library tutup? leh antar buku jgk ka? sbb aritu sy antar buku trs "hang" nasib baik library buka masa tu..ada staf yg setelkan masalah tu...

    ReplyDelete
  12. Jika mesin Book drop tidak berfungsi buku tersebut tidak boleh dihantar. Justeru, pilihan yang anda adalah melanjutkan tempoh pinjaman dengan cara online antau datang ke Perpustakaan pada hari yang berikutnya.

    ReplyDelete
  13. jika telah limit tompoh renew pulak? denda mcm mana?

    ReplyDelete
  14. Denda akan bertambah jika anda tidak memulangkan buku.

    ReplyDelete
  15. student unimap......February 10, 2009 at 12:55 PM

    ye la, mmg denda bertambah, tp masalahnya skrg ni, jika bookdrop tidak berfungsi dan perpustakaan tutup...denda tu mcm mana..??

    ReplyDelete
  16. Jika book drop tidak berfungsi, Perpustakaan tutup, renew online pun dah maksimum 3 kali, sila datang ke Kaunter Perkhidmatan Akses keesokan harinya. Staf di kaunter akan menyelesaikan masalah anda. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. nk tnya skit pasal printer ( sory, lari tajuk, sbb x ada tajuk printer kt blog ni, tu yg pos kt cni )
    boleh x tukar printer yg lebih bagus ckit? sbb printer yg ada skrg slalu byk problem:

    1. bila print, kdg2, kuar kertas, kdg x kuar apa pon, tp duit kad jalan.

    2. print lain, kuar lain, dh la lain yg kuar, sama plak smua yg kuar tu

    3. komputer x link dng printer, pastu bila x link kna pulak tukap p kt pc lain.

    harap pihak perpustakaan peka dgn masalah ini...sekian

    ReplyDelete
  18. Salam, technical error memang kadang-kadang berlaku. Mengambil kira masalah berkenaan, kita menempatkan staf di kaunter perkhidmatan supaya saudara saudari boleh berunding mengenai masalah yang dihadapi. Tentang komputer yang tidak link, kadang-kadang ia berlaku dan pihak kami telah mendapatkan khidmat nasihat pembekal sistem. Walau bagaimanapun, sekiranya masalah tersebut dimaklumkan, kami akan cuba selesaikan untuk manfaat pengguna lain. TQ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...