Tuesday, February 16, 2016

Hebahan Menjalankan Fungsi Sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENJALANKAN FUNGSI SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju supaya YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP,  menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UniMAP berkuat kuasa mulai 11 Februari 2016 sehingga Naib Canselor UniMAP baharu dilantik.

Sebarang urusan surat menyurat kepada Naib Canselor UniMAP perlu dialamatkan kepada Pejabat Naib Canselor, Tingkat 11, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar Perlis.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam sebarang urusan yang berkaitan.


Sekian, terima kasih. 


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 
'Mencarik Adat, Melarik Hasrat'

Saya yang menurut perintah  


(ZUBER HJ. MOHAMAD)
Pendaftar

Bernama Library Infolink Service : Your research Need On Malaysia

Assalamualaikum.

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT BERKENAAN ‘BERNAMA Library Infolink Service : Your Research Need On Malaysia’

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, Bernama Library & Infolink Service (BLIS) merupakan portal yang menawarkan berita dan maklumat mengenai Malaysia. Melalui BLIS pengguna boleh mengkases kepada arkib yang kaya dengan berita dan pelbagai laporan seperti laporan industri, ekonomi, perdagangan, statistik pengguna serta maklumat mengenai tokoh utama di Malaysia.

Sehubungan itu, Perpustakaan Tuanku Syed Faizzuddin Putra (PTSFP) akan menganjurkan satu sesi perkongsian maklumat berkaitan BLIS yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang konsep pencarian maklumat yang lebih efektif melalui medium yang sewajarnya. Sesi perkongsian maklumat ini akan dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Izzul Zunnurain Darusamin dari BERNAMA dan akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh : 17hb Februari 2016 (Rabu)
Masa : 2.15 p.m - 5.00 p.m
Tempat : Makmal Infoaccess, Aras 2, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra

Sekiranya berminat Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik, bolehlah membuat pendaftaran secara atas talian di http://libguides.unimap.edu.my/bernama170216. Tempat adalah terhad kepada 40 orang peserta terawal yang mendaftar.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...