Pengguna Perpustakaan UniMAP yang ingin mengakses aplikasi UniMAP 'Online Library' perlu mendapatkan 'Patron ID' dan 'Password' anda di Kaunter Perkhidmatan Akses. Pengguna boleh melaksanakan proses pembaharuan pinjaman dan tempahan bahan secara atas talian (online) melalui dua kaedah berikut :
i-Melalui aplikasi Sistem 'Single Sign - On'
ii-WebOPAC ( Online Public Acces Catalogue ) Perpustakaan UniMAP
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi kami di Kaunter Perkhidmatan Akses di talian +604-9798269 atau email kepada sirkulasi@unimap.edu.my
Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Thursday, January 8, 2009
Aktifkan Aplikasi UniMAP Online Library Anda Hari Ini !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau buku yang ada denda boleh renew tak?
ReplyDeleteBuku yang ada denda tidak boleh di renew kembali. Pengguna perlu memulangkan buku tersebut supaya denda didalam akaun anda tidak meningkat.
ReplyDeletebetul ka x buleh renew....ari tu saya renew buleh...ada denda...tp x la bnyk...dlm rm 2.30 ja.....
ReplyDeletebuleh renew berapa kali ya....mcm mana nak cek?
ReplyDeletemcm mana pulak nak request buku....x pandai la...buleh explAin ckit x.....
ReplyDeleteBenar ada sesetengah akaun boleh di renew kerana tidak melebihi had denda. Tetapi pihak kami menggalakkan anda menjelaskan denda tersebut dengan kadar segera supaya denda anda tidak meningkat.
ReplyDeletePengguna boleh melanjutkan tempoh pinjaman secara online sebanyak tiga kali sahaja selagi buku tersebut tidak di'request' oleh pengguna yang lain. Anda boleh menyemak akaun perpustakaan melalui aplikasi Sistem 'Single Sign - On' dan WebOPAC ( Online Public Acces Catalogue ) Perpustakaan UniMAP.
ReplyDeleteBuku yang boleh di'request' hanyalah buku yang telah dipinjam oleh pengguna lain. Anda perlu 'log-in' portal peribadi kemudian anda trus ke aplikasi 'Online Library'. Seterusnya kenal pasti buku yang hendak di'request' kemudian anda klik icon bertanda 'request' dan icon 'submit'. Tempahan anda telah berjaya dan anda perlu menunggu status buku tersebut melalui email dari sistem Perpustakaan. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian +604-9798269.
ReplyDeleteselain di kaunter, mana nak dapatkan id patron and password tuh?
ReplyDeletemacamana nak pinjam untuk 1 semester?
ReplyDelete