Saturday, November 28, 2015

The Exploration Journey : An Art Exhibition by Kirtanraw Subramanian

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PAMERAN THE EXPLORATION JOURNEY: AN ART EXHIBITION BY KIRTANRAW SUBRAMANIAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, satu pameran yang bertajuk The Exploration Journey : An Art Exhibition by Kirtanraw Subramanian sedang berlangsung di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) seperti butiran berikut;

Tarikh   : 24 November - 12 Disember 2015
Tempat: Galeri PTSFP
  
The Exploration Journey : An Art Exhibition by Kirtanraw Subramanian merupakan salah satu program di bawah Autism Hub for Educational Resources and Training (A-HEART) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga UniMAP dan masyarakat Perlis terhadap golongan autisme. Pameran ini bertujuan mengetengahkan bakat remaja autisme melalui 56 lukisan abstrak dan alam yang dihasilkan oleh beliau.

Sehubungan itu, semua warga UniMAP adalah dijemput untuk mengunjungi pameran ini.

Terima kasih.

Wednesday, November 11, 2015

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2015/2015 Pelajar Diploma Kejuruteraan

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 11/15 (1427)
Tarikh         : 05 November 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2015/2016 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2015/2016 pelajar program Diploma Kejuruteraan akan dikeluarkan secara 'online' pada 9 November 2015 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my atau melalui aplikasi mobile UniMAP Student News Feed (sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas) .

3.    Sebarang aduan atau rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis atau e-mel kepada unitexam@unimap.edu.my . Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah pada 24 November 2015.

4.   Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .

Sekian, terima kasih.

Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian Pelajar Diploma UniMAP Semester Kedua Sidang Akademik 2015/2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENDAFTARAN KURSUS SECARA ATAS TALIAN PELAJAR DIPLOMA UniMAP SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2015/2016

Sukacita merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan jadual tarikh-tarikh pendaftaran kursus pelajar Diploma Kejuruteraan  bagi Semester Kedua Sidang Akademik 2015/2016 adalah seperti di dalam lampiran.Pendaftaran secara atas talian ini akan mula dibuka kepada semua pelajar bermula 9 November 2015. Pendaftaran kursus atas talian boleh dilaksanakan dengan melayari laman web berikut http://courseregdeg.unimap.edu.my/ . Sebelum melaksanakan pendaftaran kursus atas talian, para pelajar diwajibkan mendaftar semester terlebih dahulu iaitu dengan melayari laman web http://osi.unimap.edu.my/

2. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah sewaktu pendaftaran kursus secara atas talian, sila hubungi talian yang disertakan seperti di dalam lampiran. Jadual hebahan tarikh pendaftaran kursus ini juga telah di muat naik ke dalam portal pelajar/staf. Di pohon kerjasama pelajar dan staf untuk mematuhi tarikh-tarikh pendaftaran kursus yang telah ditetapkan ini.

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Terima Kasih.

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar,
Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis
Tel: 04-979 7940/7941/8701/8706
Fax: 04-979 8703

Closing Announcement - Deepavali Celebration


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS

CLOSING ANNOUNCEMENT - DEEPAVALI CELEBRATION 

Please be informed that the library will be closed on 10th November 2015 (Tuesday) for Deepavali celebration .

However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my

We value your support.

Thank you.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...