Wednesday, August 12, 2015

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP Dan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP Bagi Sesi Akademik 2015/2016 (Terbuka Kepada Pelajar Diploma UniMAP Tamat Pengajian Sahaja)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP DAN PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2015/2016 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP TAMAT PENGAJIAN SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan pelajar-pelajar Diploma UniMAP yang membuat permohonan program ijazah Sarjana Muda UniMAP boleh menyemak keputusan permohonan mulai 12 Ogos 2015 (Rabu) mulai jam 12.00 tengah hari melalui website http://offer.unimap.edu.my/offerletter/.


3. Bagi pelajar-pelajar yang tidak berjaya, pelajar-pelajar boleh membuat permohonan rayuan kemasukan melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP (tamat pengajian sahaja) untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2015/2016.


4. Calon-calon boleh mula memohon pada 26 Ogos 2015 (Rabu). Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September 2015 (Rabu).


5. Hanya calon yang memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. Sila rujuk syarat kemasukan yang disertakan seperti di Lampiran 1.


6. Permohonan yang lengkap perlu diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar Jabatan Pendaftar seperti alamat di bawah selewat-lewatnya pada 7 September 2015 (Isnin). Dokumen-dokumen yang Perlu di hantar adalah:

1) Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP (sistem OSI UniMAP)
2) Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Akhir peringkat Diploma UniMAP
3)  Slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4)  Slip keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar  

Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Tingkat 3, Bgn. KWSP, Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701;
Faks: 04-9798703;

Sekian,harap maklum.

Hebahan Perlaksanaan Program Jom Masuk UniMAP Fasa II

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

HEBAHAN PERLAKSANAAN PROGRAM JOM MASUK UniMAP FASA II

Perhatian kepada semua staf dan pelajar,

Sebagai makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengambil inisiatif memperkenalkan saluran kemasukan khas untuk calon daripada isi rumah 40% terendah (bottom 40%) bagi memberi peluang calon yang layak tetapi gagal dalam permohonan UPU meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. Isi rumah 40% terendah merujuk kepada kriteria berikut :

a) Pendapatan isi rumah keluarga kurang daripada RM 3,000.00 sebulan
b) Calon atau ibu/bapa/penjaga adalah Orang Kelainan Upaya (OKU)
c) Calon adalah anak yatim atau dijaga oleh ibu/bapa tunggal
d) Memenuhi syarat minimum kelayakan akademik yang ditetapkan.


Untuk program ijazah sarjana muda bagi sesi akademik 2015/2016, Jawatankuasa Promosi UniMAP telah menggiatkan usaha mengenalpasti calon dengan melaksanakan Program Jom Masuk UniMAP di lokasi-lokasi seperti berikut :

12-14 Ogos 2015 : 9.00 pagi - 4.00 ptg :
a) One Stop Centre UniMAP, Lobi Bangunan KWSP
b) Anjung UniMAP Kulim
c) Anjung UniMAP Kuala Lumpur


13 Ogos 2015 : 2.00 ptg - 5.00 ptg :
Dewan Utama, SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah


14 Ogos 2015 : 8.30 pagi - 12.30 tgh :
Pondok Moden Jeli, Bukit Bunga, Kelantan


15 Ogos 2015 : 8.30 pagi - 1.00 ptg :
Bilik Seminar, Sutera Inn Prima, Kota Bahru, Kelantan


15 Ogos 2015 : 2.00 ptg - 5.00 ptg :
Lobi Bangunan Persekutuan, Besut, Terengganu


16 Ogos 2015 : 8.30 pagi - 1.00 ptg :
Pejabat Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu


17 Ogos 2015 : 8.30 pagi - 1.00 ptg :
Dewan Dato' Seri Au Hassan, Kuala Selangor, Selangor.


Sekiranya ada calon-calon yang layak, mohon dimaklumkan untuk hadir ke lokasi-lokasi dinyatakan dengan membawa bersama :

a) kad pengenalan calon
b) Slip gaji (pendapatan isi rumah keluarga)/Surat Terima BR1M/Pengesahan JKKK
c) Sijil SPM
d) Sijil Matrikulasi/STPM/Diploma (semester akhir)
e) Sijil MUET
f) Kad OKU (sekiranya berkaitan)
g) Kad Kebajikan Masyarakat (sekiranya berkaitan)


Tempat adalah terhad. Sekiranya calon memenuhi syarat yang ditetapkan, tawaran akan dikemukakan kepada calon bersekali dengan tawaran kepada calon yang berjaya dalam permohonan rayuan nanti. Sekian untuk makluman dan tindakan bersama.

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...