Thursday, December 11, 2008

E-Resources: Capaian kepada sumber maklumat elektronik

Selain bahan bercetak seperti buku dan lain-lain, Perpustakaan UniMAP juga menyediakan kemudahan sumber maklumat dalam format elektronik kepada para pengguna perpustakaan. Perpustakaan telah melanggan lebih dari 20 pangkalan data yang memuatkan koleksi dalam format elektronik seperti e-buku, e-jurnal, tesis, ensiklopedia, kamus dan lain-lain.

Sehingga September 2008, Perpustakaan menawarkan 56,534 judul e-buku dan 8,642 judul e-jurnal yang boleh diakses secara atas talian. Pengguna yang tidak berkesempatan untuk datang ke perpustakaan masih boleh mendapatkan maklumat untuk tujuan penyelidikan mereka dengan hanya mengakses kepada sumber elektronik perpustakaan dari mana-mana sahaja dengan menggunakan internet. Inilah yang dikatakan maklumat dihujung jari.

Untuk mengakses kepada pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan sama ada dari dalam atau luar UniMAP Perpustakaan menyediakan perkhidmatan Ezproxy. Ezproxy boleh diakses melalui pautan e-Resources yang terdapat di laman web perpustakaan dengan memasukkan kata nama dan kata laluan terlebih dahulu. Panduan tentang kata nama dan kata laluan ada diberikan pada laman tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Runding Maklumat di talian 04-9798601 atau email kepada rujukan@unimap.edu.my

Maziah binti Md Isa
Unit Runding Maklumat,
Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Monday, December 1, 2008

Kaunter Runding Maklumat : Apa fungsinya?

Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di sini?
Untuk makluman Kaunter Runding Maklumat juga berfungsi sebagai kaunter pertanyaan di Perpustakaan. Namun memandangkan perkhidmatan seperti penasihat pembaca dan lain-lain yang berbentuk rujukan juga ditawarkan di sini maka Runding Maklumat adalah terma yang sesuai digunakan. Kaunter Runding Maklumat adalah di bawah tanggungjawab Unit Runding Maklumat, Perpustakaan.

Berikut adalah perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Unit Runding Maklumat:
• Penasihat pembaca
• Runding Maklumat & Rujukan
• Program Literasi Maklumat
• Bengkel EndNote
• Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
• Perkhidmatan Atas Talian
• Cetakan Rangkaian

`Kami Sedia Membantu Anda`

Akmal Hafizal Bin Abd Hadi
Unit Runding Maklumat, Perpustakaan UniMAP

Program Suluh Bacaan : Warga UniMAP Dialu-alukan Untuk Mengambil Bahagian

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dengan kerjasama Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan UniMAP akan menganjurkan Program Suluh Bacaan yang bertujuan untuk menggalakkan minat membaca dikalangan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun.

Dalam usaha untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Perlis, UniMAP telah bersetuju untuk memberi kerjasama dengan menawarkan khidmat sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar untuk program ini. Sukarelawan akan memainkan peranan sebagai pencerita atau story teller dan program ini akan dilaksanakan di lokasi terpilih di negeri Perlis. Semua sukarelawan akan diberi latihan terlebih dahulu sebelum mengendalikan program ini.


Bengkel untuk melatih sukarelawan dicadangkan diadakan pada 10 & 11 Januari 2009 dan program ini dijadualkan diadakan pada Februari 2009.

Peluang untuk mendaftar sebagai sukarelawan bercerita masih terbuka kepada mereka yang berminat. Pertanyaan lanjut mengenainya boleh dibuat dengan menghubungi Pn. Mazmin Mat Akhir atau En. Md Nizam Azid di sambungan 04-9798777 / 04-9798133.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...