Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Perpustakaan UniMAP


Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009

10 Zulhijjah 1430 Hijrah


Ikhlas Dari


Jabatan Perpustakaan

Universiti Malaysia Perlis

(UniMAP)

Lawatan Benchmarking Perpustakaan UniMAP ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan USIM





21 - 23 November 2009, Perpustakaan UniMAP telah mengadakan lawatan benchmarking ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia), Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Universiti Putra Malaysia) dan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Objektif utama lawatan tersebut bertujuan mengukur tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna dan juga kemudahan terkini yang terdapat di perpustakaan tersebut serta membuat penanda aras berkaitan perkhidmatan perpustakaan. Sehubungan itu, banyak perkara yang dapat dikongsi bersama semasa melakukan kunjungan ke semua perpustakaan tersebut. Justeru, lawatan benchmarking ini amat memberi kesan yang positif kepada semua warga Perpustakaan UniMAP kearah memberikan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti kelas pertama kepada semua pengguna. Semoga lawatan ini memberikan input yang positif dalam memajukan Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, November 19, 2009

Perpustakaan UniMAP Menerima Dua Orang Staf Baru

16 November 2009, Selamat Datang! Ungkapan pertama ditujukan kepada mereka berdua. Perpustakaan UniMAP dengan sukacitanya mengalu-alukan dan menerima kedatangan dua orang staf baru dalam memenuhi keluarga Perpustakaan. Mereka yang dimaksudkan ialah En. Hanif Bin Harif dan Puan Shuhada Binti Mohamad Jamal. Mereka berdua akan ditempatkan di dua unit yang berasingan iaitu Unit Perkhidmatan Akses (UPA) dan Unit Repositori Digital Dan Media. Semoga mereka berdua dapat menjalankan tugas dengan baik, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memajukan diri sendiri dan Perpustakaan serta memberikan komitmen yang tinggi dan jitu kepada UniMAP. Selamat mejalankan tugas.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, November 9, 2009

Dua Agen Pelajar Antarabangsa Dari Negara Republik Rakyat China Berkunjung Ke Perpustakaan UniMAP





09 November 2009, Dua Agen Pelajar Antarabangsa dari Negara Republik Rakyat China berkunjung ke Perpustakaan UniMAP dalam rangka lawatan dan menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dari Negara China ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Taklimat telah disampaikan oleh En. Nizam Md Azid, Puan Nazirah Zainul Abidin dan Puan Maziah Mat Isa. Mereka juga dibawa melawat sekitar Perpustakaan tingkat satu dan dua.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjugan Pemeriksa Luar Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim






05 November 2009, Perpustakaan UniMAP telah menerima kunjugan dua orang pemriksa luar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim. Deligasi tersebut telah disambut oleh Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan dan beberapa orang Pustakawan. Taklimat berkaitan perkembangan, koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan UniMAP telah disampaikan kepada mereka berdua. Mereka juga dibawa melawat ke Ruang Tambahan Baru Perpustakaan UniMAP.
Royifazulmaldy Bin Zakari (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Kunjungan Pemeriksa Luar Dari Universiti Waseda, Jepun dan UTS, Australia.





16 Oktober 2009, Dua pemeriksa luar iaitu Gamini Dissanayah dari UTS, Australia dan Junzo Watada, Waseda University, Japan telah berkunjung ke Perpustakaan UniMAP. Deligasi telah disambut oleh Pustakawan Kanan, Puan Mazmin Mat Akhir dan beberapa orang pustakawan. Taklimat berkaitan perkembangan dan perkhidmatan Perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Mazmin Mat Akhir. Kunjungan singkat mereka kesini adalah dalam memenuhi rangka lawatan ke Kampus UniMAP. Mengakhiri lawatan tersebut, sesi bergambar dan menandatangani buku lawatan telah disempurnakan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...