Tuesday, April 19, 2016

Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Universiti Malaysia Perlis

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

HEBAHAN PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(6) Perlembagaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk melantik semula YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad bin Sakdan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP untuk tempohdua (2) tahun berkuatkuasa mulai 15 April 2016 hingga 14 April 2018.

Seluruh warga UniMAP dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad bin Sakdan atas pelantikan tersebut. 

Sekian, terima kasih.


Monday, April 11, 2016

Permohonan Kemasukan Ke Program ijazah Sarjana Muda UniMAP Bagi Sesi Akademik 2016/2017- Terbuka Kepada Pelajar Diploma UniMAP Sahaja


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2016/2017 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP sahaja untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2016/2017.

3. Calon-calon boleh memohon mulai 18 April 2016 (Isnin) melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 April 2016 (Selasa).

4. Hanya calon yang memenuhi syarat kemasukan (Syarat Am dan Syarat Khas) yang ditetapkan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. Sila rujuk Memo, Syarat Am dan Syarat Khas yang dilampirkan.
                    
5. Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis selewat-lewatnya pada 6 Mei 2016 (Jumaat). Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan adalah:

1) Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP (sistem OSI UniMAP)
2) Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Akhir peringkat Diploma UniMAP
3) Salinan keputusan Sijil SPM/Setaraf
4) Salinan keputusan Sijil Malaysian University English Test (MUET)
5) Salinan pengesahan pendapatan ibu dan bapa (Borang J – Cukai Pendapatan / Penyata Gaji / Akuan Pendapatan ibu dan bapa yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Penghulu / JKKK).


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7940;
Faks: 04-9798703

Sekian, harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...