Perpustakaan UniMAP menyediakan kemudahan terkini iaitu mesin fotokopi berkonsepkan layan diri. Pengguna perlu menggunakan kad magnetik berbayar yang boleh dibeli di Kaunter Perkhidmatan Akses berharga RM 5.00 dan RM 10.00 sahaja. Perkhidmatan fotokopi ini menyediakan dua jenis cetakan iaitu cetakan hitam putih dan cetakan berwarna. Kertas cetakan yang disediakan bersaiz A4 dan A3 sahaja.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di Kaunter Perkhidmatan Akses di talian +604-9798269 atau email kepada sirkulasi@unimap.edu.my
Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Bagaimana bayaran yg dikenakan bagi setiap keping kertas dan adakah harga bayaran sama antara cetakan berwarna dan hitam putih?
ReplyDeleteUntuk makluman anda bayaran yang dikenakan adalah tidak sama. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut,kertas A4 hitam putih RM 0.10, A4 berwarna RM 1.00, A3 hitam putih RM 0.30 dan A3 berwarna RM 2.30.
ReplyDeleteSape yang tentukan bayaran? Mesin tu ker?
ReplyDeletePenentuan kadar bayaran telah dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaaan Bilangan 2/2008 dengan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan.
ReplyDeleteKalau kami nak fotokopi di luar library boleh tak?
ReplyDeleteTerima kasih kerana menyediakan kemudahan ini untuk pengguna
ReplyDeleteMulai tahun 2009, pengguna yang ingin membuat salinan fotokopi di luar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pengguna hanya boleh membuat salinan fotokopi dengan menggunakan perkhidmatan fotokopi didalam Perpustakaan sahaja.
ReplyDeleteAdalah menjadi tanggungjawab kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pengguna.
ReplyDeletemcm mana nak guna....ada manual dak...nmpk mcm susah ja....
ReplyDeleteManual penggunaan mesin fotokopi ada dilekatkan berhampiran mesin tersebut. Anda bolehlah mengikut panduan yang disediakan.
ReplyDeletekalau guna kertas sendiri, tak leh dpt diskaun ke? yelah, mana tau kot nak guna kertas yg ada warna/tebal sikit.
ReplyDeleteAnda boleh menggunakan kertas sendiri tetapi bayaran tetap sama.:)
ReplyDeleteprinter dah ada, fotostat pun dah ada. scanner bila lg?
ReplyDeletePihak Perpustakaan akan menimbang cadangan yang diberikan oleh anda. Terima kasih.
ReplyDeletesy tgh buat research.. photostat card ni guna system ape ye.. hrp dpt membantu.
ReplyDeleteUntuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web, http://www.absecmy.com web.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menyediakan kemudahan fotokopi ini. Saya ingin cadangkan supaya pihak perpustakaan UniMAP menyediakan perkhidmatan imbas (scan) untuk kemudahan pengguna. Semoga kedua-dua perkhidmatan ini lebih kompetitif & berdaya saing.
ReplyDelete