Thursday, March 18, 2010

MAKLUMAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI CALON LEPASAN SPM DAN STPM SESI KEMASUKAN 2010/2011

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA termasuk permohonan ke UniMAP bagi calon lepasan SPM dan STPM sesi kemasukan 2010/2011 adalah pada 30 MAC 2010. Sila layari laman web http://upu.mohe.gov.my untuk membuat permohonan secara online. Sila teliti arahan-arahan permohonan dan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar UniMAP di talian 04-9798701 (Cik Norren) / 8702 (Cik Ruzalina) atau 8706 (Pn. Rosniza). Mohon semua warga UniMAP untuk menyalurkan maklumat ini kepada rakan-rakan/keluarga yang terlibat agar tidak terlepas tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan, kerana permohonan adalah melalui aplikasi dalam talian (online UPU) sahaja. Untuk makluman juga, permohonan bagi calon lepasan Diploma telahpun ditutup pada 4 Februari 2010 yang lalu. Sekian, harap maklum.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, March 11, 2010

29th Kuala Lumpur International Book Fair 2010


Pesta Buku Antarabangsa ke 29 akan bermula pada 19 - 28 Mac 2010 bertempat di PWTC Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Peti Loker Berkunci Di Perpustakaan Kini Mula Beroperasi

Kini satu lagi perkhidmatan telah disediakan khususnya kepada semua pengguna Perpustakaan UniMAP iaitu Perkhidmatan Peti Loker Berkunci. Perkhidmatan tersebut terdapat di Perpustakaan Tingkat Satu, Bangunan KWSP. Polisi sewaan peti loker Perpustakaan UniMAP adalah seperti berikut:
  • Sewaan peti loker hanya dibenarkan kepada pelajar dan kakitangan UniMAP sahaja.
  • Akses kepada peti loker sewaan ialah pada bila-bila masa mengikut waktu pembukaan Perpustakaan kecuali waktu penutupan dan cuti am.
  • Setiap pengguna layak memohon sebuah peti loker sahaja pada satu-satu masa.
  • Setiap peti loker hanya boleh disewa untuk tempoh dua (2) minggu bagi setiap permohonan.
  • Selepas tamat tempoh, pengguna boleh mengemukakan permohonan untuk sewaan lanjutan bagi tempoh dua (2) minggu.
  • Pemohon perlu mengisi Buku Log Sewaan Peti Loker yag ditempatkan di Kaunter Perkhidmatan Akses (Tingkat 1).
  • Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya di atas keselamatan barang-barang yang disimpan di dalam peti loker berkenaan.
  • Pengguna bertanggungjawab untuk menjaga kunci peti loker daripada masalah kehilangan, keciciran, kerosakan dan sebagainya.
  • Sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan kehilangan kunci, penyewa hendaklah membuat laporan bertulis di Kaunter Perkhidmatan Akses (Tingkat 1).
  • Sebarang pertanyaaan mengenai permohonan sewaan peti loker tersebut boleh dirujuk kepada:- Kaunter Perkhidmatan Akses (Tingkat 1) di talian 04-9797004, (Tingkat 2) di talian 04-9798269, Unit Perkhidmatan Akses di talian 04-9798134 atau E-Mel kepada sirkulasi@unimap.edu.my

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Tiga Staf Perpustakaan Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang





12 Mac 2010, Majlis Anugerah Seri Gemilang yang berlangsung dengan penuh meriah dan warna warni semalam telah mengiktiraf tiga orang staf Jabatan Pepustakaan Universiti Malaysia Perlis, UniMAP. Anugerah tersebut bertujuan menghargai dan mengiktiraf peranan staf dalam perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada Perpustakaan khususnya dan Universiti Malaysia Perlis amnya. Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Nazirah Zainul Abidin, Encik Ahmad Farid Md Isa dan Encik Akmal Hafizal Abd Hadi. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuanku Canselor UniMAP iaitu DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail dan Tuanku Pro Canselor UniMAP iaitu DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahril Akashah Khalil. Sehubungan itu, majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Menteri Besar Perlis, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Ketua-Ketua Jabatan dan Staf Universiti Malaysia Perlis. Turut mendapat anugerah bagi kategori Kecemerlangan Sukan iaitu Encik Nizam Md Azid ( Hoki ) dan Puan Nani Maslina Sulaiman Najidi ( Bowling ). Pihak Perpustakaan UniMAP mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang khususnya staf Perpustakaan. Semoga pengikhtirafan terhadap kecemerlangan tersebut akan memberikan impak yang tinggi kepada mereka dalam meneruskan kerjaya dalam bidang masing-masing dan memberi nilai tambah kepada Jabatan Perpustakaan supaya Perpustakaan UniMAP menuju era Perpustakaan yang maju, digital dan dinamik pada masa kini dan selamanya. Tahniah diucapkan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, March 8, 2010

Perpustakaan Menganggotai Perarakan Kontijen Rumah Kuning




06 - 07 Mac 2010, Beberapa orang staf dari Perpustakaan UniMAP dengan bangganya telah menganggotai Perarakan Kontijen Rumah Kuning sempena Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2010 yang telah berlansung dengan meriah sekali di Stadium Tuanku Syed Faizudin Putra, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Kontijen Kuning adalah gabungan dari Jabatan Canselori, Jabatan Perpustakaan, Jabatan Pembangunan dan Pusat Sukan UniMAP. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuanku Canselor, DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail. Turut berangkat sama ialah DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Syahril Akashah Khalil, Tuanku Pro Canselor UniMAP, Menteri Besar Perlis, Wakil Pengarah UiTM Arau dan dif-dif kehormat. Juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tertutup UniMAp 2010 telah dimenangi oleh Kontijen Kuning. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...