Monday, May 25, 2009

Perpustakaan UniMAP Menerima Empat Pelajar Praktikal Dari UiTM.

25 May 2009, Ucapan selamat datang pembuka bicara. Itulah ungkapan pertama dari kami warga Perpustakaan UniMAP. Perpustakaan UniMAP sekali lagi menjadi pilihan empat orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Kampus Merbok, Kedah Darul Aman untuk menjalani latihan praktikal bagi jurusan Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian). Mereka yang dimaksudkan ialah Encik Hushairi Bin Salleh, Cik Nur Izzaura Binti Maharuddin, Cik Jashira Binti Jamin dan Cik Nor Shafira Binti Yahya. Hari ini merupakan hari pertama mereka melaporkan diri di Perpustakaan. Sesi perjumpaan dan taklimat ringkas bersama Ketua Pustakawan telah dilaksanakan pagi tadi. Disamping itu, mereka telah dibawa berkenalan dengan semua staf Perpustakaan, melawat ke unit dan lokasi utama di Perpustakaan UniMAP. Taklimat mengenai penyusunan bahan dan penyelengaraan koleksi telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Oleh itu, Perpustakaan mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua pelajar tersebut.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Wednesday, May 20, 2009

Kunjungan Dari National University of Singapore.





20 May 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan hormat dari National University Of Singapore. Deligasi terdiri daripada tiga orang staf. Kunjugan mereka ke Perpustakaan UniMAP disambut oleh Ketua Pustakawan, Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin dan beberapa orang pustakawan. Taklimat berkaitan pembangunan dan perkhidmatan Perpustakaan telah disampaikan kepada mereka semua. Disamping itu, kedatangan mereka juga bertujuan untuk membuat rujukan dan mengkaji salasilah keturunan keluarga Diraja Perlis, khususnya berkaitan Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Baginda baru-baru ini. Mereka juga dimaklumkan berkaitan pengkalan data yang digunakan oleh Perpustakaan UniMAP kepada semua komunitinya dan juga bahan-bahan penerbitan yang diterbitkan oleh Unit Penerbitan UniMAP. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Friday, May 15, 2009

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke 66.




DAULAT TUANKU

Warga Perpustakaan UniMAP dengan segala hormatnya merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, sempena menyambut Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 pada 17 Mei 2009. Semoga Allah melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan DYMM Tuanku.


Sembah Takzim Dari Kami Warga Perpustakaan UniMAP

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, May 7, 2009

Waktu Pembukaan Dan Operasi Perpustakaan Sepanjang Cuti Semester

Makluman kepada semua staf dan pelajar UniMAP, sepanjang Cuti Semester bermula 11 Mei 2009 (Isnin) - 05 Julai 2009 (Ahad), waktu pembukaan dan operasi Perpustakaan UniMAP dan Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis adalah seperti berikut:
Perpustakaan UniMAP
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 7.00 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP
Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis
11 Mei 2009 - 05 Julai 2009
5.00 petang - 11.00 malam : TUTUP
Pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan dan urusan perkhidmatan kaunter perlu dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan
Sekian, terima kasih.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...