Tuesday, May 10, 2016

YBhg Dato. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal Di Lantik Sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,


HEBAHAN PELANTIKAN  SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk melantik YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 1 Mei 2016 hingga 30 April 2019.

Seluruh warga UniMAP dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal atas pelantikan tersebut. 

Sekian, terima kasih.


Wednesday, May 4, 2016

Library Closing Announcement


Assalamualaikum and Greetings, 

Dear Prof/Assoc. Prof./Mr./Ms., 

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

LIBRARY CLOSING ANNOUNCEMENT

Please be informed that the library will be closed on the following public holidays;

a. Israk & Mikraj 
   5th May 2016 (Thursday)

b. His Royal Highness Raja of Perlis' Birthday Celebration
   17th May 2016 (Tuesday)

c. Wesak Day.
   21st May 2016 (Saturday 

However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my

We value your support. 

Thank you. 

Tuesday, April 19, 2016

Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Universiti Malaysia Perlis

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

HEBAHAN PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(6) Perlembagaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk melantik semula YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad bin Sakdan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP untuk tempohdua (2) tahun berkuatkuasa mulai 15 April 2016 hingga 14 April 2018.

Seluruh warga UniMAP dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad bin Sakdan atas pelantikan tersebut. 

Sekian, terima kasih.


Monday, April 11, 2016

Permohonan Kemasukan Ke Program ijazah Sarjana Muda UniMAP Bagi Sesi Akademik 2016/2017- Terbuka Kepada Pelajar Diploma UniMAP Sahaja


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2016/2017 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP SAHAJA]

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP sahaja untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2016/2017.

3. Calon-calon boleh memohon mulai 18 April 2016 (Isnin) melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 April 2016 (Selasa).

4. Hanya calon yang memenuhi syarat kemasukan (Syarat Am dan Syarat Khas) yang ditetapkan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. Sila rujuk Memo, Syarat Am dan Syarat Khas yang dilampirkan.
                    
5. Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis selewat-lewatnya pada 6 Mei 2016 (Jumaat). Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan adalah:

1) Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP (sistem OSI UniMAP)
2) Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Akhir peringkat Diploma UniMAP
3) Salinan keputusan Sijil SPM/Setaraf
4) Salinan keputusan Sijil Malaysian University English Test (MUET)
5) Salinan pengesahan pendapatan ibu dan bapa (Borang J – Cukai Pendapatan / Penyata Gaji / Akuan Pendapatan ibu dan bapa yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Penghulu / JKKK).


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7940;
Faks: 04-9798703

Sekian, harap maklum.

Friday, March 11, 2016

Cabaran Kumpul Maklumat Digital



Raja Muda Perlis Hargai Jasa Naib Canselor UniMAP



Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin (tengah) merakamkan cap jarinya pada hari terakhir beliau sebagai Naib Canselor UniMAP di pejabatnya di Pauh Putra pada 10 Feb 2016
KANGAR, 10 Mac (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memberi penghargaan kepada Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin yang menamatkan perkhidmatan di UniMAP pada 10 Feb lepas.

Baginda menyifatkan Kamarudin sebagai ikon kejuruteraan institusi pengajian tinggi awam negara.

"Selama 14 tahun beliau menghambakan diri kepada UniMAP bukanlah satu tempoh yang singkat. Bermula daripada 'zero' beliau berjaya menjadikan UniMAP kini sebagai 'hero' melalui pelbagai kejayaan dalam bidang akademik, penyelidikan, kebudayaan, sukan dan sebagainya bukan sahaja di peringkat tempatan malah persada antarabangsa.

"Setelah lebih sedekad UniMAP beroperasi, saya lihat beliau masih tidak jemu menerokai idea baharu yang boleh diketengahkan UniMAP.

"Daripada hanya dua buah program akademik dan penyelidikan awal penubuhan UniMAP, kini berani saya katakan dunia sudah mengenali universiti ini," titah baginda yang juga Canselor UniMAP pada 'Majlis Malam Penghargaan: Jasamu Dikenang' untuk meraikan Kamarudin di sini Rabu malam.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis berkenaan.

Sementara itu Kamarudin Hussin, 61, memberitahu pemberita beliau bangga dengan kejayaan UniMAP yang dalam tempoh singkat mampu menawarkan enam program diploma dan 38 program ijazah pertama terutama melibatkan bidang kejuruteraan.

Beliau dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Tinggi berkuat kuasa 11 Feb lepas.

-- BERNAMA

Monday, March 7, 2016

Kempen Jom Like FB Rasmi Universiti Malaysia Perlis


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

KEMPEN JOM LIKE FB RASMI UniMAP

Perkara di atas adalah dirujuk. 

2) Untuk maklumat pihak Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama pasukan media pejabat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh kini dalam usaha untuk meningkatkan dan menyelaras semua akaun media baharu di KPT/UA/Jabatan Pengajian Politeknik/Jabatang Pengajian Kolej Komuniti.

3) Berdasarkan carta Facebook Fans yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri (melalui Setiausaha Akhbar Menteri) Laman Facebook Rasmi UniMAP menduduki tangga tercorot di kalangan 20 Universiti Awam di Malaysia. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan poster "Jom Like FB Rasmi UniMAP" untuk dihebahkan di kalangan staf/pelajar di PTJ/PPK di seluruh UniMAP.

Berikut merupakan link FB rasmi UniMAP : www.facebook.com/UniversitiMalaysiaPerlis

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Yg Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Library Opening Hours During Examination Week


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
Dear Prof/Assoc. Prof./Mr./Ms.,

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

LIBRARY OPENING HOURS DURING EXAMINATION WEEK 

Please be informed that the library opening hours from 29th February 2016 until 24th March 2016 are as follows: 

A. Main Library, Pauh Putra : 

Monday - Friday  : 8.30 a.m - 11.00 p.m 
Saturday - Sunday  : 9.00 a.m - 11.00 p.m 

B. Branch Library, Kangar : 

Monday - Friday  : 8.30 a.m - 11.00 p.m 
Saturday - Sunday  : 9.00 a.m - 11.00 p.m 

Stay connected to our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my 

We value your support. 

Thank you. 

Tuesday, February 16, 2016

Hebahan Menjalankan Fungsi Sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENJALANKAN FUNGSI SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju supaya YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP,  menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UniMAP berkuat kuasa mulai 11 Februari 2016 sehingga Naib Canselor UniMAP baharu dilantik.

Sebarang urusan surat menyurat kepada Naib Canselor UniMAP perlu dialamatkan kepada Pejabat Naib Canselor, Tingkat 11, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar Perlis.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam sebarang urusan yang berkaitan.


Sekian, terima kasih. 


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 
'Mencarik Adat, Melarik Hasrat'

Saya yang menurut perintah  


(ZUBER HJ. MOHAMAD)
Pendaftar

Bernama Library Infolink Service : Your research Need On Malaysia

Assalamualaikum.

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT BERKENAAN ‘BERNAMA Library Infolink Service : Your Research Need On Malaysia’

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, Bernama Library & Infolink Service (BLIS) merupakan portal yang menawarkan berita dan maklumat mengenai Malaysia. Melalui BLIS pengguna boleh mengkases kepada arkib yang kaya dengan berita dan pelbagai laporan seperti laporan industri, ekonomi, perdagangan, statistik pengguna serta maklumat mengenai tokoh utama di Malaysia.

Sehubungan itu, Perpustakaan Tuanku Syed Faizzuddin Putra (PTSFP) akan menganjurkan satu sesi perkongsian maklumat berkaitan BLIS yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang konsep pencarian maklumat yang lebih efektif melalui medium yang sewajarnya. Sesi perkongsian maklumat ini akan dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Izzul Zunnurain Darusamin dari BERNAMA dan akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh : 17hb Februari 2016 (Rabu)
Masa : 2.15 p.m - 5.00 p.m
Tempat : Makmal Infoaccess, Aras 2, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra

Sekiranya berminat Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik, bolehlah membuat pendaftaran secara atas talian di http://libguides.unimap.edu.my/bernama170216. Tempat adalah terhad kepada 40 orang peserta terawal yang mendaftar.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.




Friday, January 29, 2016

Closing Announcement For UniMAP Main Library, Pauh Putra Due To Electricity Supply Maintenance

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

CLOSING ANNOUNCEMENT FOR UniMAP MAIN LIBRARY, PAUH PUTRA DUE TO ELECTRICITY SUPPLY MAINTENANCE 

Please be informed that the UniMAP Main Library, Pauh Putra will be closed on 30th January 2016 (Saturday) due to electricity supply maintenance.

You can stay connected with our digital resources @ http://mylibrary.unimap.edu.my

We apologize for the inconvenience caused.

Thank you 

Thursday, January 28, 2016

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016, Jom Masuk IPT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016, JOM MASUK IPT 


Dimaklumkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi akan diadakan di 6 Zon yang berbeza bertempat di sekitar Malaysia. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma untuk mendapatkan info yang lebih jelas dan lanjut berkenaan dengan peluang kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi di seluruh negara. UniMAP yang akan diwakili oleh Sekretariat Promosi akan turut menyertai karnival ini.

Sebagai permulaan, KPTN akan bermula di Zon 1 sepertimana berikut:

Tarikh   : 30-31 Januari 2016
Masa     : 8am - 5pm  
Tempat : Perkarangan Stadium Darulaman, Kedah

Majlis perasmian KPTN oleh YAB Menteri KPT akan turut berlangsung di Zon 1 pada hari Sabtu 30 Januari 2016 jam 9.00am.

Mohon kerjasama semua staf dan pelajar untuk membuat hebahan berkenaan KPTN kepada semua bakal pelajar ke IPT agar karnival ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Bersama-sama kita memastikan UniMAP menjadi Pilihan No. 1 oleh bakal pelajar ke IPT (Bidang Teknologi & Kejuruteraan).

Tuesday, January 19, 2016

Library Opening Hours For Main Library, Pauh Putra

Assalamualaikum and Good Day,

Dear Prof/Assoc. Prof./Mr./Ms.,

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

LIBRARY OPENING HOURS FOR MAIN LIBRARY, PAUH PUTRA 

Please be informed that the library opening hours for Main Library, Pauh Putra from 18th January 2016 until 14th February 2016 are as follows; 

Monday - Friday   : 8.30 a.m - 7.00 p.m 
Saturday - Sunday : 9.00 a.m - 5.00 p.m 
Public Holiday : Closed

You can stay connected with our digital resources @ http://mylibrary.unimap.edu.my 

We value your support. 

Thank you. 

Thursday, January 14, 2016

Online Application For Postgraduate Study @UniMAP Is NOW OPEN!


Assalam And Good Day!

Online Application For Postgraduate Study @UniMAP Is NOW OPEN!
Please Spread And Viral This Info, http://opa.unimap.edu.my/

Thank You! Have A Nice Day!

Thursday, January 7, 2016

New Arrivals - January 2016

  • Contemporary engineering economics \Chan S. Park.
  • A practical approach to signals and systems  \D. Sundararajan.
  • Renewable energy \physics, engineering, environmental impacts, economics & planning \Bent Srensen.
  • How to design and evaluate research in education \by Jack Fraenkel, Norman Wallen and Helen Hyun
  • Financial statement analysis and security valuation \Stephen H. Penman.
  • Teaching reading in the 21st century : motivating all learners \by Michael F Graves
  • Physics for scientists and engineers with modern physics \Raymond A. Serway, John W. Jewett, Jr. ; with contributions from Vahe Peroomian.
  • At the forefront of nation building : perspectives from the administrative and diplomatic service / Sheena Gurbakhash, Fiona Ghaus.
  • Berjalan... Melihat... Mentafsir  \Abdullah Bukhari Bin Abdul Rahim al-Hafiz.
  • Awaken the giant within \Anthony Robbins ; penterjemah, Irma Indayu Omar ; suntingan, Nor Adilah Riduan.
  • The iPhone book : how to do the most important, useful & fun stuff with your iPhone  \Scott Kelby, Terry White.
  • Pegangan hidup : mukmin bersyariat \disusun oleh Ustaz Awang Mamat.
  • Art of deception : mereka menipu dunia : Amerika, Freemason, Zionis \ Jerry D. Gray ; penterjemah, Yussamir Yusof.
  • The final chapter = Hari-hari terakhir dunia \Jerry D. Gray ; penterjemah, Fatimah Rodhiah Mohd Yusof.
  • The 3rd alternative \Stephen R. Covey ; penterjemah, Norliza Abu Bakar ; suntingan, Norhaslinda Abd. Razak.
  • Merungkai pertelingkahan isu akidah antara salaf dan khalaf \Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ; penterjemah, Ahmad Waliyuddin Johari, Solihuddin Mohamad Jahar.
  • Deadly mist \Jerry D. Gray ; penterjemah: Hasnita Shaari.
  • Dahsyatnya taubat nasuha : koleksi kisah insan yang mendapat hidayah tuhan \Ibnu Qudamah al-Maqdisy.
  • Fiqh hiburan dan rekreasi \Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ; penterjemah, Fauwaz Fadzil, Mohd Ikhwan Abdullah.
  • Tuhan, aku kembali : gua rock, gua beriman \Sham Kamikaze, Ainuddin Kamaruddin.
  • Ketika melafazkan tiada tuhan melainkan Allah & cinta Rasulullah \ Zainudin Hashim.
  • Memburu keberkatan ilmu  \Mohammad Nidzam Abdul Kadir.
  • Konspirasi Yakudi : Perang and Penaklukan \c Sabaruddin Hussein.
  • Apabila tuhan berbicara : catatan seorang wartawan al-Quran \ Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz.
  • Menjadi golongan di bawah lindungan arasy \by Ishak Mat Tahir Al-Muadzam
  • Big fat lies women tell themselves / Amy Ahlers ; penterjemah, Muhammad Syarafuddin Sulaiman ; suntingan, Nor Haslinda Abd. Razak. 
  • The richest man in Babylon / George S. Clason ; penterjemah: Faradibah Sudari; suntingan dan susun atur: Rasmawati Abdul Muin. 
  • Apa saya perhatikan? : 53 rahsia diri orang kaya terus kaya / Syed Faiz. 
  • Menjawab Islam liberal \ by Ahmad Yumni Abu Bakar, Mohd Fairuz Jamaluddin 
  • Tanyalah pakar tentang fiqh dental / Dr. Wan Noorina, Dr. Nik Salida Suhaila, Dr. Wan Abdul Fattah. 
  • Adakah kawanku Syiah? / Kamaluddin Nurdin Marjuni, Ph.D. 
  • Hadiah buat suami / Roza Roslan. 
  • Memahami diabetes / Wan Hassan Wan Ismail
  • Khutbah-khutbah Rasulullah SAW / Syekh Thaha Al-Afifi. 
  • UZAR : Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman : koleksi status facebook terbaik 
  • Ensiklopedia tafsir mimpi : menurut tradisi Islam / oleh Muhammad Ibnu Sirin ; [penterjemah Abdul Hamid & Azman Ayob). 
  • A-Z soal jawab puasa, solat tarawih, zakat fitrah & hari raya \ Ahmad Adnan Fadzil. 
  • 100 sunah Rasulullah SAW yang dilupakan / Haifa binti Abdullah Rasyid.
  • See you at the top / by Zig Ziglar



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...