Tuesday, January 26, 2010

Taklimat MS ISO 9001 : 2008 (Perpustakaan UniMAP)






22 Januari 2009, Perpustakaan UniMAP dengan kerjasama Pusat Pembangunan Korporat Dan Pengurusan Kualiti telah mengambil inisiatif yang tersendiri dalam memperkukuhkan dan memantapkan sistem pengurusan kualiti Perpustakaan khususnya dalam proses pemerolehan piawaian MS ISO 9001:2008. Sehubungan itu, taklimat berkaitan MS ISO 9001:2008 telah diadakan di Dewan Keikhlasan Tingkat 10, Bangunan KWSP dan dihadiri hampir semua staf Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, January 25, 2010

Perpustakaan Mini Menerima Lawatan dari LPU



Perpustakaan Mini dilawati lagi! Baru sahaja Perpustakaan Mini dibuka sudah 2 kali lawatan diterima. Ini menunjukkan satu perkembangan yang baik. Walaupun kecil tetapi tetap menjadi perhatian untuk dikunjungi. Pada tanggal 21 Januari 2010, Perpustakaan Mini dikunjungi pula oleh LPU. Kali ini Tan Sri sendiri yang memberi komen tentang perpustakaan dan kata-kata amanat beliau umpama peransang kepada kita semua dalam menjalankan tugas di perpustakaan. Penerapan aspek bagaimana menarik minat pengunjung terutama pelajar perlu dititikberatkan. Kita umpama labah-labah yang membuat sarang agar lalat-lalat berminat untuk menghampirinya. Itulah kata-kata hikmah daripada Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Zainul Ariff Haji Hussain yang boleh dijadikan panduan sebagai peransang untuk bekerja. Semoga Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis terus maju dan mampu setanding dengan perpustakaan-perpustakaan lain.

Perpustakaan Mini
Universiti Malaysia Perlis

Friday, January 15, 2010

Perpustakaan Mini Menerima Lawatan Pertama Daripada Ahli Jemaah Dato'-Dato' Perlis



Pada tanggal 14 Januari 2009, Perpustakaan Mini, Kampus Tetap Ulu Pauh telah menerima pelawat pertama dari Ahli Jemaah Dato'-Dato' Negeri Perlis. Kunjungan ini dihadiri oleh 12 orang Dato'-Dato' Negeri Perlis sempena mesyuarat Ahli Jemaah Dato'-Dato' Perlis di Kampus Tetap, Ulu Pauh. Taklimat berkaitan Perpustakaan Mini telah disampaikan oleh Pn Mazmin Mat Akhir selaku Pustakawan Kanan. Semoga lawatan ini boleh mempromosikan lagi Perpustakan UniMAP dan UniMAP kepada masyarakat umum.

Suhaidah Mat Rus
Perpustakaan Mini, Kampus Tetap UniMAP, Ulu Pauh

Pameran Sempena Festival Filem Dan Video Pelajar Malaysia






14 - 16 Januari 2010, Perpustakaan UniMAP membuka tirai tahun baru 2010 dengan mengambil bahagian dalam aktiviti pameran sempena Festival Filem Dan Video Pelajar Malaysia Ke - 7 bertempat di Ruang Legar Kayangan Square, Kangar. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dipilih sebagai tuan rumah berlansungnya festival ini. Sehubungan itu, terdapat banyak ruang pameran yang disediakan dan disertai oleh agensi-agensi yang berkaitan seperti Filem Nasional Malaysia, Radio Telivisyen Malaysia, Kosmo dan Utusan Malaysia, Celcome, dan pelbagai lagi. Tujuan pameran ini diadakan adalah memenuhi jadual sempena Festival Filem tersebut. Banyak aktiviti menarik dipamerkan seperti info berkenaan industri perfileman negara, kenali artis dahulu dan kini, pertandingan penyampai berita tv dan banyak lagi. Kunjungilah..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...