Monday, March 30, 2009

Bengkel Penerokaan Sumber Maklumat




Perpustakaan telah mengadakan Bengkel Penerokaan Sumber Maklumat khusus untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertempat di Bilik Pembelajaran Berbantukan Komputer I (CAI I), Perpustakaan. Bengkel tersebut telah diadakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pertama diadakan pada 15 Mac 2009 (9.30 pg - 12.00 tgh.) dan sesi berikutnya diadakan pada 16 Mac 2009 (8.30 mlm. - 11.00 mlm.)

Seramai 13 orang pelajar MPP telah menghadiri bengkel pada sesi pertama dan sesi kedua melibatkan 6 orang. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Pustakawan Unit Runding Maklumat (URM) iaitu En. Md. Nizam Azid.

Melalui bengkel ini pelajar didedahkan dengan sumber maklumat yang ditawarkan oleh perpustakaan khususnya dalam format elektronik disamping dilatih teknik untuk mengesan maklumat menggunakan sumber yang ditawarkan.

Nasibah Mohd. Nizan
Unit Rundig Maklumat (URM)

Lawatan Ilmiah Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim






30 Mac 2009 - Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan hormat dari deligasi Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim. Ketibaan rombongan seramai 33 orang staf yang di ketuai oleh Pustakawan Kanan Puan Rugayah Binti Ali telah disambut oleh beberapa orang Pustakawan dan staf UniMAP di ruang legar Bangunan KWSP, Kangar. Deligasi seterusnya dibawa ke Dewan Keikhlasan untuk sesi penyampai taklimat berkaitan pembangunan sumber, perkhidmatan serta perkembangan sistem dan teknologi Perpustakaan UniMAP. Taklimat disampaikan oleh Pustakawan Kanan UniMAP Puan Mazmin Mat Akhir, Encik Md. Nizam Azid dan Encik Shahrul Anuar Alawi. Kedua-dua Perpustakaan bertukar dan berkongsi maklumat berkaitan dunia kepustakawanan. Selepas itu, mereka dibawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP. Mengakhiri lawatan ilmiah tersebut deligasi diraikan dalam majlis minum petang sambil menikmati pemandangan indah sekitar Negeri Perlis di Dataran Canselori UniMAP dan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Lawatan Dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Jeli, Kelantan Darul Naim






30 Mac 2009 - Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan deligasi dari Unit Pusat Sumber Pembelajaran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Jeli, Kelantan Darul Naim. Deligasi seramai 41 orang terdiri daripada 8 orang guru pengiring dan 33 rang pelajar telah disampaikan taklimat berkaitan perkembangan, koleksi dan perkhidmatan Perpustakaan oleh Puan Maziah Md Isa, Encik Royifazulmaldy Zakaria dan Puan Mariyati Mat Isa. Rombongan di bawa melawat di sekitar Perpustakaan UniMAP. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar oleh jurugambar Encik Rizal Md Isa sebagai tanda kenang-kenangan dan berakhirnya lawatan tersebut.

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Saturday, March 7, 2009

Lawatan Sambil Belajar Pengawas Pusat Sumber, SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang Darul Makmur



6 Mac 2009 - Perpustakaan UniMAP menerima lawatan daripada pengawas pusat sumber, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Deligasi rombongan terdiri daripada 35 orang pelajar yang merupakan pengawas pusat sumber dan 7 orang guru pengiring. Taklimat berkaitan perpustakaan telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Mazmin Mat Akhir dan lawatan berpandu sekitar perpustakaan dibantu oleh 3 orang pustakawan. Para pelajar dan guru-guru tersebut diberi penerangan berkenaan koleksi, sistem, pengkalan data dan perkhidmatan perpustakaan yang terkini. Rombongan diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...