Thursday, September 25, 2014

Sesi Lawatan Terpandu Di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) Sempena Festival Konvokesyen Ke-9 UniMAP

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

SESI LAWATAN TERPANDU DI PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA (PTSFP) SEMPENA FESTIVAL KONVOKESYEN KE -9 UNIMAP

Bersempena dengan Festival Konvokesyen Ke-9 UniMAP, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) menawarkan sesi lawatan terpandu kepada semua pengunjung seperti butiran berikut;

Tarikh : 23 - 28 September 2014
Masa   : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra

Melalui sesi lawatan terpandu ini pengunjung akan dibawa secara berkumpulan untuk menerokai koleksi, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTSFP disamping boleh memahami tentang fungsi sebenar sesebuah perpustakaan akademik.

Sehubungan itu, semua pengunjung adalah dijemput untuk bersama-sama menyertai sesi lawatan terpandu ini pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Monday, September 8, 2014

Slip Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2014/2015 Pelajar Program Diploma Kejuruteraan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

Kepada : Semua Pelajar Diploma Universiti Malaysia Perlis

SLIP PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2014/2015 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa slip peperiksaan boleh dicetak terus di dalam Portal masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my/ bermula pada 8 September 2014 (Isnin) sehingga 1 Oktober 2014 (Rabu). Sekiranya terdapat kesilapan pada slip peperiksaan tersebut, sila bawa bersama slip peperiksaan dan slip pendaftaran kursus (sebagai bukti) ke pejabat Unit Peperiksaan & Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis, untuk tindakan pembetulan. Sebarang pembetulan pendaftaran kursus perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2014 (Rabu) jam 5.10 petang.

3. Pihak kami ingin mengingatkan kepada semua pelajar sekiranya gagal membawa bersama slip peperiksaan semasa hari peperiksaan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Selain dari itu, pelajar-pelajar yang masih gagal menjelaskan yuran pengajian akan dihalang daripada mengakses menu Slip Peperiksaan Semasa/SEO sehingga pelajar-pelajar menyelesaikan yuran pengajian masing-masing.

4. Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi oleh pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau emel kepada helpdesk@unimap.edu.my

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...