Thursday, April 30, 2015

'A Gift To The World'

ARAU, 28  April — Penyakit Autisme bukanlah sesuatu yang baharu, malah satu peratus daripada penduduk dunia yang melibatkan 73 juta individu mengalami gangguan perkembangan disebabkan oleh Autisme.

Pakar perubatan, psikologi dan pekerja khidmat sosial meneroka pelbagai penemuan baharu mengenainya sejak simptom Autisme  mula dikaji sejak tahun 1819.

Pengerusi Psikanita Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datin Noridah Yangman berkata, di Malaysia, dianggarkan satu daripada setiap 600 kanak-kanak adalah pengidap autistik.

“Pengumpulan statistik pada tahun 2010 menunjukkan terdapat 47,000 penduduk Malaysia menghidapi  autisme dan daripada jumlah tersebut, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen.

Ini merupakan satu angka yang besar dan akan terus berkembang dalam masyarakat kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Program Kesedaran Autisme 2015 peringkat UniMAP, di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, sini, semalam.

Turut bercemar duli berangkat hadir pada perasmian program tersebut, Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Pengarah Kebajikan Masyarakat Perlis, Tuan Haji Zaimi Abdul Rani dan Ketua Pustakawan merangkap  Penyelaras Autism Hub For Educational Resources and  Training (A-HEART), Mazmin Mat Akhir

Ujar Datin Noridah lagi, beliau amat berbangga dengan semangat kesukarelawanan di kalangan pelajar UniMAP dari dalam dan luar negara.

“Atas kesedaran untuk membantu golongan kelainan upaya (OKU), seramai 80 pelajar UniMAP lokal dan antarabangsa kini mendaftar sebagai Sukarelawan #Projek Love OKU.

 “Mereka ini bergerak aktif mendekati golongan kelainan upaya di Perlis meliputi anak-anak Autisme dan usaha mereka dipandang tinggi oleh warga Program Dalam Komuniti  di seluruh Perlis,”katanya lagi.

Di akhir itu, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada 80 Sukarelawan #Projek Love OKU.

 





Happy Wesak Day!!

Happy Wesak Day!!

 

Happy Labour Day Malaysia!!

Happy Labour Day Malaysia!!



Library Closing Announcement - Labour Day & Wesak Day

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS 

LIBRARY CLOSING ANNOUNCEMENT - LABOUR DAY & WESAK DAY.

Please be informed that the library will be closed from 1st May 2015 (Friday) until 4th May 2015 (Monday) for Labour Day and Wesak Day.

However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my .

We value your support.

Thank you.

Wednesday, April 29, 2015

Tawaran Menyambung Pengajian Di Peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan) Bagi Kemasukan Oktober Sesi Akademik 2015/2016 (Terbuka Kepada Pelajar UniMAP Tahun Akhir Sahaja)


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam UniMAP Dekat Di Hati, 

KEPADA SEMUA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA (TAHUN AKHIR) UniMAP 

TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN KEJURUTERAAN) BAGI KEMASUKAN OKTOBER SESI AKADEMIK 2015/2016 [TERBUKA KEPADA PELAJAR UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahun akhir dari semua Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan DAN Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Keusahawanan Kejuruteraan) di UniMAP untuk menyambung pengajian ke Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan) bagi Kemasukan Oktober Sesi Akademik 2015/2016.

3.        Semua calon yang berminat boleh mula memohon sekarang sehingga 4hb September 2015. Syarat kemasukan adalah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.5 dan ke atas, bagi keputusan peperiksaan terkini Julai 2015. 

4.        Sumber kewangan yang mudah boleh dimohon melalui tajaan KPT Mybrain15 – Mymaster dan PTPTN bagi calon-calon pelajar yang berminat untuk mengikuti program pengajian ini. Sila dapatkan dokumen yang TERKINI berhubung Borang Permohonan, Borang Pengadil dan Struktur Yuran MBA dari Laman Web Pusat Pengajian Siswazah UniMAP. 

5.        Permohonan yang lengkap boleh diserahkan terus ke Pusat Pengajian Siswazah, UniMAP. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila dihubungi Dr. Ummi Naiemah Saraih 049797715 atau Cik Hafizah Abdul Rahim 049797719.

Sekian, harap maklum. 

Friday, April 17, 2015

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2014/2015 Pelajar Program Diploma Kejuruteraan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2014/2015 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2014/2015 pelajar program Diploma Kejuruteraan akan dikeluarkan secara 'online' pada 20 April 2015 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my atau melalui aplikasi mobile UniMAP Student News Feed (sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas) .

3.         Sebarang aduan atau rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis atau e-mel kepada unitexam@unimap.edu.my . Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah pada 4 Mei 2015.

4.         Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .

Sekian, terima kasih.

Monday, April 13, 2015

Tawaran Menyambung Pengajian Di Peringkat Sarjana : MBA 4+1 bagi Kemasukan Oktober Sesi Akademik 2015/2016 (Terbuka Kepada Palajar UniMAP Tahun Akhir Sahaja)

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam UniMAP Dekat Di Hati, 
 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP


TAWARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA: MBA 4+1 BAGI KEMASUKAN OKTOBER SESI AKADEMIK 2015/2016 [TERBUKA KEPADA PELAJAR UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.        Adalah dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahun akhir bagi pelajar Kejuruteraan dan Perniagaan (Keusahawanan Kejuruteraan) UniMAP (tahun akhir sahaja) untuk menyambung pengajian ke Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Kejuruteraan) bagi Kemasukan Oktober Sesi Akademik 2015/2016.

3.        Calon-calon boleh mula memohon sekarang dan tarikh akhir permohonan adalah 4hb September 2015. Syarat kemasukan adalah memperolehi CGPA 2.5 ke atas, bagi keputusan terkini Julai 2015.

4.        Sumber kewangan yang mudah diperolehi iaitu tajaan KPT Mybrain15 – Mymaster dan PTPTN ditawarkan kepada calon pelajar yang mengikuti program ini. Dilampirkan Borang Permohonan , Borang Pengadil dan Struktur Yuran MBA untuk perhatian pelajar selanjutnya.  
 
5.        Permohonan yang lengkap boleh diserahkan terus ke Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT). Sebarang pertanyaan, sila hubungi, Dr. Ummi Naiemah Saraih 049797715 (ummi@unimap.edu.my) atau Cik Hafizah binti Abdul Rahim 049797719.

Sekian, harap maklum.

Thursday, April 9, 2015

Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana muda UniMAP Bagi Sesi Akademik 2015/2016 (Terbuka Kepada Pelajar Diploma UniMAP Sahaja)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,


MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF



PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2015/2016 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP SAHAJA]



Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.



2.        Adalah dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP sahaja untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2015/2016.



3.        Calon-calon boleh mula memohon pada 20 April 2015 (Isnin) melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my



Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 April 2015 (Selasa).



4.        Hanya calon yang memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. Sila rujuk syarat kemasukan yang disertakan seperti di Lampiran 1.



5.        Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis selewat-lewatnya pada 8 Mei 2015 (Jumaat). Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan adalah:



1)        Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP (sistem OSI UniMAP)
2)        Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Akhir peringkat Diploma UniMAP
3)        Salinan keputusan Sijil SPM/Setaraf
4)        Salinan keputusan Sijil Malaysian University English Test (MUET)



Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 



Unit Kemasukan & Rekod Pelajar 
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar 
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701 / 7940 / 7878; 
Faks: 04-9798703; 



Sekian, harap maklum. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...