Thursday, February 5, 2009

67 Hari...



Pada 01 Disember 2008 Perpustakaan menerima tiga pelajar praktikal tahun akhir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam iaitu En. Dzullhailie Bin M Bakri, En. Mohd Fadlli Bin A. Rahim dan Cik Anis Shazwani Binti Abidin. Sesi latihan praktikal pelajar-pelajar tersebut dijalankan melalui penempatan di setiap unit-unit yang terdapat di Perpustakaan UniMAP. Mereka di beri tunjuk ajar dan merasai sendiri pengalaman bertugas seperti staf-staf yang lain. Disamping itu, mereka juga dilantik menjadi sukarelawan Program Suluh Bacaan yang dianjurkan oleh PERTIWI dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Perpustakaan UniMAP. Pengalaman menjalani praktikal di sini memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk mereka menyesuaikan diri pada masa akan datang dalam dunia Kepustakawanan. Justeru, tanggal 6 Februari 2009 tepat pukul 5.10 petang maka akan berakhirlah sesi latihan praktikal bersama Perpustakaan UniMAP. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas selesai sesi pembentangan laporan praktikal oleh mereka bertiga. Semoga mereka berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi.

Good luck!

Gambar bersama Ketua Pustakawan dan Pustakawan Kanan Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

11 comments:

  1. Student ni tak habis lagi praktikal,berita dah masuk yek...

    ReplyDelete
  2. Pembetulan ejaan "pelajar-perlajar" dan pukul 5.10 p.m tukar la jadi 5.10 petang..

    ReplyDelete
  3. Jumaat adalah hari terakhir mereka menjalani latihan praktikal. Selamat maju jaya kami ucapkan.

    ReplyDelete
  4. Pembetulan ayat telah dibuat. Terima kasih.:)

    ReplyDelete
  5. awat zul tu sopan sgt....

    ReplyDelete
  6. sopan? nampak ayu jek.

    ReplyDelete
  7. Ya ka? Memang sopan sangat-sangat..:)

    ReplyDelete
  8. Ayu bertambah ayu. Hehe. YB tu lagi protokol. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Syabas Roy, I like the news

    ReplyDelete
  10. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kpd semua staf UniMAP sbb banyak membantu kami sepanjang proses praktikal kami ni. Setinggi-tinggi penghargaan kpd Pn. Hajah Foyziah, Pn. Mazmin, dan juga semua Pegawai dan Staf Perpustakaan yg lain kerana sanggup mengajar kami selama 67 hari tersebut...:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...