Friday, February 13, 2009

1000 pelajar boleh menggunakan sebuah buku dalam masa yang sama?

Percaya atau tidak, dengan mempunyai asas kemahiran pencarian maklumat, kenyataan di atas adalah tidak mustahil.


Untuk makluman, buku seperti tajuk di bawah hanya ada satu sahaja di perpustakaan UniMAP.


Tajuk: VHDL: programming by example

Pengarang: Douglas L. Perry

Edisi: 4th edition


Secara logiknya, sekiranya buku ini telah dipinjam sama ada oleh pelajar mahupun pensyarah maka buku ini hanya boleh digunakan oleh peminjam tersebut atau rakan-rakan mereka sahaja pada satu-satu masa.


Bagaimanakah yang dikatakan orang lain juga boleh menggunakan buku ini sewaktu buku ini sedang dipinjam? Bukan seorang, tapi lebih dari 1000 orang.


Apa pandangan pengguna perpustakaan berkaitan hal ini?


Md Nizam Azid

Pustakawan

Unit Runding Maklumat, Perpustakaan

5 comments:

  1. memangla boleh kalau bahan itu ialah e-book..kan?

    ReplyDelete
  2. betul betul betul.....

    ReplyDelete
  3. tepat sekali, dengan adanya ebooks masalah berebut buku rasanya boleh dielakkan.. betul tak?... tapi ramai ke pelajar atau pensyarah kita memanfaatkan servis yang disediakan ini..satu lagi tahukah kita berapa banyak tajuk ebooks yang ada kat library..

    ReplyDelete
  4. Sehingga februari 2009 jumlahnya adalah 82,392 tajuk...banyak kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...