Showing posts with label Latihan. Show all posts
Showing posts with label Latihan. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Perpustakaan UniMAP Menerima Empat Pelajar Praktikal Dari UiTM.

25 May 2009, Ucapan selamat datang pembuka bicara. Itulah ungkapan pertama dari kami warga Perpustakaan UniMAP. Perpustakaan UniMAP sekali lagi menjadi pilihan empat orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Kampus Merbok, Kedah Darul Aman untuk menjalani latihan praktikal bagi jurusan Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian). Mereka yang dimaksudkan ialah Encik Hushairi Bin Salleh, Cik Nur Izzaura Binti Maharuddin, Cik Jashira Binti Jamin dan Cik Nor Shafira Binti Yahya. Hari ini merupakan hari pertama mereka melaporkan diri di Perpustakaan. Sesi perjumpaan dan taklimat ringkas bersama Ketua Pustakawan telah dilaksanakan pagi tadi. Disamping itu, mereka telah dibawa berkenalan dengan semua staf Perpustakaan, melawat ke unit dan lokasi utama di Perpustakaan UniMAP. Taklimat mengenai penyusunan bahan dan penyelengaraan koleksi telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Oleh itu, Perpustakaan mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua pelajar tersebut.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, February 5, 2009

67 Hari...



Pada 01 Disember 2008 Perpustakaan menerima tiga pelajar praktikal tahun akhir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam iaitu En. Dzullhailie Bin M Bakri, En. Mohd Fadlli Bin A. Rahim dan Cik Anis Shazwani Binti Abidin. Sesi latihan praktikal pelajar-pelajar tersebut dijalankan melalui penempatan di setiap unit-unit yang terdapat di Perpustakaan UniMAP. Mereka di beri tunjuk ajar dan merasai sendiri pengalaman bertugas seperti staf-staf yang lain. Disamping itu, mereka juga dilantik menjadi sukarelawan Program Suluh Bacaan yang dianjurkan oleh PERTIWI dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Perpustakaan UniMAP. Pengalaman menjalani praktikal di sini memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk mereka menyesuaikan diri pada masa akan datang dalam dunia Kepustakawanan. Justeru, tanggal 6 Februari 2009 tepat pukul 5.10 petang maka akan berakhirlah sesi latihan praktikal bersama Perpustakaan UniMAP. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas selesai sesi pembentangan laporan praktikal oleh mereka bertiga. Semoga mereka berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi.

Good luck!

Gambar bersama Ketua Pustakawan dan Pustakawan Kanan Perpustakaan UniMAP.

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...