Tuesday, January 13, 2009

Program Retreat Perpustakaan UniMAP..


"Memantapkan Perkhidmatan, Membudayakan Kualiti"

Perpustakaan UniMAP telah menganjurkan program Retreat 2008 pada 19-20 Disember 2008 yang lalu, khusus untuk menyediakan platform percambahan fikiran, idea dan cadangan penambahbaikan bagi memantapkan perkhidmatan Perpustakaan. Ia berasaskan hasrat untuk mengkaji semula pencapaian 2008 dan mengenalpasti cabaran serta kekangan yang dihadapi sepanjang tempoh berkenaan. Semua staf unit dan bahagian diminta memantapkan strategi untuk tahun 2009 dan mengenalpasti kaedah pelaksanaan secara efektif. Secara asasnya, program Retreat diharapkan berupaya mempersiap dan memperkemas sumber insan Perpustakaan untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.

Objektif

  • Mengkaji semula strategi dan pencapaian 2008
  • Menggalakkan percambahan fikiran dan penghasilan idea inovatif dan kreatif
  • Meningkatkan persiapan staf dalam menghadapi cabaran perkhidmatan untuk tahun 2009

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

9 comments:

  1. Perancangan perlu disusuli dengan perlaksanaan - insyaallah dengan kerjasama semua staf.

    ReplyDelete
  2. Memang la... kalau rancang saja, tak buat memang tak jadi. Kita kena sama-sama buat ler.

    ReplyDelete
  3. Bak kata pepatah melayu, 'Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing' dan 'Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat'

    ReplyDelete
  4. Rasa macam ada person yang missing je dalam gambar tu,,,

    ReplyDelete
  5. Begitulah nampaknya. Siapa lagi kalau bukan tukang ambil gambar ni.

    ReplyDelete
  6. bile pegi nie? tak ajak pun. :(

    ReplyDelete
  7. Kami pergi pagi hari sabtu jam 8.00 pagi. Semua staf Perpustakaan di jemput pergi cuma yang ada hal yang tak dapat dielakkan saja yang tak pergi..

    ReplyDelete
  8. Satu inisiatif yang berkesan untuk memperbaiki mutu kerja di kalangan staf. Semoga dengan adanya program sebegini, dapat menjadikan Perpustakaan sabagai satu jabatan yang lebih berdaya saing.

    ReplyDelete
  9. Persaingan yang sihat antara kita semua. Semoga program-program lain akan menyusul lagi demi menambah mutu dan produktiviti dikalangan staf semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...