Thursday, January 8, 2009

KOLEKSI RUJUKAN KURSUS

Koleksi Rujukan Kursus atau dalam bahasa inggerisnya Course Reference Collection (CRC) adalah koleksi bahan yang dicadangkan oleh pensyarah UniMAP sebagai buku teks untuk rujukan para pelajar.
CRC hanya boleh dipinjam selama 7 hari untuk setiap 1 bahan dan hanya 2 buah bahan sahaja boleh dipinjam dalam satu-satu masa.
Had jangkamasa ini diwujudkan bagi memberi peluang secara saksama bagi bahan yang menjadi rebutan para pelajar. CRC boleh dicapai di dalam WebOPAC melalui pautan Reserve. Untuk makluman, kelewatan memulangkan setiap bahan akan didenda RM 1.00 setiap satu hari.
Sebarang pertanyaan sila berhubung terus di Kaunter Perkhidmatan Akses. Hubungi kami di talian +604-9798269 atau email ke sirkulasi@unimap.edu.my
Azhar B. Ahmad
Pembantu Perpustakaan
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

15 comments:

  1. Tempoh pinjaman boleh renew tak?

    ReplyDelete
  2. Secara online tidak dibenarkan kecuali anda perlu hadir berurusan di Kaunter Perkhidmatan Akses.

    ReplyDelete
  3. Saya dengar tempoh pinjaman buku tersebut tidak boleh di renew, betul ker?

    ReplyDelete
  4. Betul, anda perlu ke Kaunter Perkhidmatan Akses untuk melanjutkan tempoh pinjaman selagi buku tersebut tidak di tempah (request).

    ReplyDelete
  5. Kat mana nak check buku ni sapa yang cadang? Lama dah dok cari tak jumpa, kat portal ka?

    ReplyDelete
  6. Buku CRC boleh di capai melalui dua kaedah iaitu WebOpac dan portal. Buku-buku CRC ini dicadangkan oleh pihak pensyarah untuk dijadikan sebagai buku teks untuk rujukan pelajar.

    ReplyDelete
  7. Tak paham la...apa maksud boleh dicapai melalui web opac dan portal..buku tu ka atau maklumat sapa yang cadang? Satu lagi adakah CRC menempatkan buku teks sahaja?

    ReplyDelete
  8. Kedua-dua maklumat yang diperlukan samada tajuk buku atau pencadang boleh diperolehi di web opac. Selain itu, maklumat ini juga boleh di perolehi didalam buku Panduan Akademik 2008/2009.

    Koleksi ini menempatkan buku teks dan buku rujukan untuk setiap subjek seperti yang dicadang oleh pensyarah.

    Untuk maklumat lanjut kunjungi Perpustakaan atau menghubungi kami di talian 04-9798269 atau email ke sirkulasi@unimap.edu.my

    ReplyDelete
  9. kat mana nak search buku crc ni...mcm mana nak tau buku tu crc dlm sistem perpustakaan?

    ReplyDelete
  10. Buku CRC boleh di'search' di pautan 'reserve'. Status buku CRC ialah 'on reserve' dan lokasi buku tersebut adalah 'main library, course reference colection dalam sistem Perpustakaan.

    ReplyDelete
  11. Ralat: Pengguna boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan samada melalui Kod Kursus atau nama pensyarah yang mencadangkan buku tersebut bukannya tajuk buku dan pencadang. Harap maaf. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. kenapa denda buku ni mahal sangat ek??

    ReplyDelete
  13. Buku ini dikenakan denda yang berharga RM 1.00 kerana buku-buku tersebut merupakan koleksi rujukan khusus dan terhad. Justeru, untuk mengelakkan dari peminjam yang meminjam terlalu lama supaya pengguna lain dapat menggunakan juga buku tersebut.

    ReplyDelete
  14. rujukan 'khusus' atau 'kursus'?

    ReplyDelete
  15. Ralat: rujukan kursus. Terima kasih.:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...