Friday, January 9, 2009

Kemudahan Terkini Mesin Fotokopi di Perpustakaan UniMAP !!



Perpustakaan UniMAP menyediakan kemudahan terkini iaitu mesin fotokopi berkonsepkan layan diri. Pengguna perlu menggunakan kad magnetik berbayar yang boleh dibeli di Kaunter Perkhidmatan Akses berharga RM 5.00 dan RM 10.00 sahaja. Perkhidmatan fotokopi ini menyediakan dua jenis cetakan iaitu cetakan hitam putih dan cetakan berwarna. Kertas cetakan yang disediakan bersaiz A4 dan A3 sahaja.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di Kaunter Perkhidmatan Akses di talian +604-9798269 atau email kepada sirkulasi@unimap.edu.my

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)

Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

17 comments:

  1. Bagaimana bayaran yg dikenakan bagi setiap keping kertas dan adakah harga bayaran sama antara cetakan berwarna dan hitam putih?

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman anda bayaran yang dikenakan adalah tidak sama. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut,kertas A4 hitam putih RM 0.10, A4 berwarna RM 1.00, A3 hitam putih RM 0.30 dan A3 berwarna RM 2.30.

    ReplyDelete
  3. Sape yang tentukan bayaran? Mesin tu ker?

    ReplyDelete
  4. Penentuan kadar bayaran telah dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaaan Bilangan 2/2008 dengan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan.

    ReplyDelete
  5. Kalau kami nak fotokopi di luar library boleh tak?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana menyediakan kemudahan ini untuk pengguna

    ReplyDelete
  7. Mulai tahun 2009, pengguna yang ingin membuat salinan fotokopi di luar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pengguna hanya boleh membuat salinan fotokopi dengan menggunakan perkhidmatan fotokopi didalam Perpustakaan sahaja.

    ReplyDelete
  8. Adalah menjadi tanggungjawab kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pengguna.

    ReplyDelete
  9. mcm mana nak guna....ada manual dak...nmpk mcm susah ja....

    ReplyDelete
  10. Manual penggunaan mesin fotokopi ada dilekatkan berhampiran mesin tersebut. Anda bolehlah mengikut panduan yang disediakan.

    ReplyDelete
  11. kalau guna kertas sendiri, tak leh dpt diskaun ke? yelah, mana tau kot nak guna kertas yg ada warna/tebal sikit.

    ReplyDelete
  12. Anda boleh menggunakan kertas sendiri tetapi bayaran tetap sama.:)

    ReplyDelete
  13. printer dah ada, fotostat pun dah ada. scanner bila lg?

    ReplyDelete
  14. Pihak Perpustakaan akan menimbang cadangan yang diberikan oleh anda. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. sy tgh buat research.. photostat card ni guna system ape ye.. hrp dpt membantu.

    ReplyDelete
  16. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web, http://www.absecmy.com web.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kerana menyediakan kemudahan fotokopi ini. Saya ingin cadangkan supaya pihak perpustakaan UniMAP menyediakan perkhidmatan imbas (scan) untuk kemudahan pengguna. Semoga kedua-dua perkhidmatan ini lebih kompetitif & berdaya saing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...