Wednesday, January 28, 2009

KATALOG INDUK KEBANGSAAN

KATALOG INDUK KEBANGSAAN

Anda buntu? Buku yang dicari tiada dalam koleksi Perpustakaan UniMAP? Ingin menggunakan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL), tetapi tidak tahu di mana koleksi tersebut boleh diperolehi?

Kini, anda boleh melayari laman web Katalog Induk Kebangsaan (KIK) – http://kik.pnm.my/

Katalog Induk Kebangsaan (KIK) memberi perkhidmatan atas talian yang boleh dicapai melalui Internet. Terdiri daripada gabungan koleksi atau rekod bibliografik daripada 101 buah perpustakaan yang terdapat di seluruh Malaysia.

Layarilah laman web ini bagi mendapatkan maklumat tentang lokasi bahan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Runding Maklumat di talian 04-9798601 atau email kepada rujukan@unimap.edu.my




Suhana Md Taha

Unit Katalog dan Metadata

1 comment:

  1. Satu cabang kerjasama dan perkongsian sumber maklumat yang dinamik dan tersusun oleh semua Perpustakaan yang menyertai Katolog Induk Kebangsaan (KIK). Mudah diakses kepada data bahan-bahan dari sebilangan Perpustakaan. Lengkap dan mudah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...