Monday, January 12, 2009

Jadikanlah Ruang Bacaan Di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Kuala Perlis Sebagai Hab Ke Dua Perpustakaan UniMAP..

Sejak dari bulan Julai 2006, para pelajar UniMAP dialu-alukan untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ruang bacaan yang disediakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Kuala Perlis. Jadikanlah Perpustakaan tersebut sebagai hab ke dua Perpustakaan UniMAP. Pelbagai kemudahan disediakan seperti perkhidmatan komputer dan internet percuma, mesin fotokopi berbayar serta bahan bacaan. Para pelajar boleh mengunjungi perpustakaan berdasarkan waktu operasi seperti berikut :

JADUAL WAKTU PEMBUKAAN
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 11.00 malam
Sabtu - Ahad : 9.00 pagi - 5.00 petang (Minggu ke-2 dan ke-4)
Sabtu - Ahad : Tutup (Minggu ke-1 dan ke-3)
Cuti Umum : Tutup
Tel : +604-9851185

Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

37 comments:

  1. Waktu malam pun boleh guna komputer gak ker?

    ReplyDelete
  2. Ya, anda boleh menggunakannya pada waktu malam.

    ReplyDelete
  3. Boleh ka student UniMAP membuat pinjaman buku di Perpustakaan Awam K.Perlis?

    ReplyDelete
  4. Ada kemudahan ruang diskusi tak?

    ReplyDelete
  5. Pelajar UniMAP boleh membuat pinjaman buku-buku di Perpustakaan Awam Kuala Perlis dengan menjadi ahli terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  6. Kemudahan untuk berdiskusi ada disediakan iaitu dua buah bilik perbincangan, dimana setiap bilik tersebut boleh menampung empat orang pengguna pada satu-satu masa.Pengguna yang ingin menggunakan bilik tersebut perlu memaklumkan kepada petugas di kaunter terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. bila dah jd ahli, malam pun leh pinjam jugak?

    ReplyDelete
  8. Perkhidmatan pinjaman bahan-bahan Perpustakaan hanya dibenarkan pada jam 8.30a.m hingga 5.00p.m sahaja.

    ReplyDelete
  9. camana lak dgn peraturan? sama gak dgn library di kwsp?

    ReplyDelete
  10. kenapa kat library di kuala perlis lelaki dan perempuan tidak boleh duduk sekali..sedangkan di library kwsp boleh plak?

    ReplyDelete
  11. Untuk makluman anda peraturan Perpustakaan Awam dan Perpustakaan UniMAP berbeza sedikit. Polisi dan peraturan bagi Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Perpustakaan cawangannya menetapkan bahawa pengguna lelaki dan wanita perlu diasingkan tempat duduknya. Polisi Perpustakaan UniMAP memberi kelonggaran kepada penggunanya bersesuaian dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.

    ReplyDelete
  12. apa rasionalnya diasingkan lelaki dan perempuan sedangkan ada staf/pengawal yang memantau.

    ReplyDelete
  13. Untuk makluman anda peraturan tersebut telah di tetapkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Justeru, rasionalnya mungkin ada sebab-sebab tertentu. Untuk maklumat lanjut anda boleh bertanya kepada pihak Perpustakaan Awam kerana mereka sahaja yang boleh menyelesaikannya dan bukan dibawah bidang kuasa Perpustakaan UniMAP. Harap maklum..

    ReplyDelete
  14. berapa buah buku yang boleh dipinjam? sama mcm library unimap jgk ke?

    ReplyDelete
  15. y perpustakaan ni warna warni? nmpak x sesuai la colour tu...

    ReplyDelete
  16. Warna untuk keceriaan. Lagipun itu perpustakaan awam, maybe warna tu sebagai suatu cara untuk menarik minat pengunjung. Lagipun perpustakaan awam ni menjadi tempat rujukan untuk pelajar dan kanak2. Jadi sesuailah dengan tema warna warni tu.

    ReplyDelete
  17. Tidak sama sekali. Jumlah buku yang boleh dipinjam di Perpustakaan awam hanya 2 buah sahaja selama 14 hari.

    ReplyDelete
  18. Setuju dengan warna yang melambangkan keceriaan sebagai salah satu daya penarik untuk orang ramai supaya berkunjung ke Perpustakaan. Sesuai dengan konsep dan tema warna-warna ceria di Negeri Perlis.

    ReplyDelete
  19. ada kemudahan internet dan printer tak?

    ReplyDelete
  20. Kemudahan internet dan printer ada disediakan, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini.

    ReplyDelete
  21. kemudahan internet dan printer, boleh digunakan pada waktu malam? kena bayar tak? kalau kena, kadar bayaran untuk print berapa?

    ReplyDelete
  22. Boleh digunakan pada waktu malam. Kadar bayaran yang dikenakan bagi sehelai kertas adalah RM 0.10 sahaja. Harap maklum.

    ReplyDelete
  23. kena beli kad jgk ke?

    ReplyDelete
  24. Perkhidmatan cetakan tersebut tidak perlu menggunakan kad magnetik berbayar.

    ReplyDelete
  25. betul ke printer boleh guna waktu mlm? photostat ke printer yg kena byr?

    ReplyDelete
  26. Benar, perkhidmatan cetakan boleh digunakan pada waktu malam. Kedua-dua perkhidmatan tersebut dikenakan bayaran. Harap maklum.

    ReplyDelete
  27. 1. kenapa x ramai pelajar unimap yg study kt ctu?

    2. kenapa staf pompuan kt ctu garang sgt, smpai tnya skit pon nk marah?

    ReplyDelete
  28. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Ada beberapa faktor kenapa tidak ramai pelajar unimap yang datang ke Perpustakaan Awam ini. Antaranya ialah kurang atau tiada bahan bacaan yang disediakan di Perpustakaan ini berkaitan kursus yang ditawarkan oleh UniMAP. Kemudahan yang disediakan tidak lengkap. Pengasingan tempat duduk diantara lelaki dan perempuan juga menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat berbincang bersama. Pihak kami akan berbincang dengan pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis berkaitan staf yang kurang mesra pelanggan. Kami memohon maaf sekiranya layanan yang diberikan kepada 'pelajar kesal' tidak memuaskan. Terima kasih diatas pandangan yang diberikan oleh anda.

    ReplyDelete
  29. betul.. betul.. betul.. (baca mcm upin & ipin ckp tau) dah la muka masam, garang lak tu. dah mcm mak tiri dlm cite bawang putih bawang merah je. camana la student nak p sana.

    ReplyDelete
  30. Kursus etika dan perkhidmatan pelanggan perlu dihadiri oleh semua staf supaya interaksi yang berkesan diantara kita dan pelanggan dapat dicapai selaras dengan hasrat Perkhidmatan Awam Malaysia.

    ReplyDelete
  31. photostat boleh guna waktu malam?

    ReplyDelete
  32. tak boleh la... print saja yg boleh guna waktu malam. -farid-

    ReplyDelete
  33. Pembetulan kenyataan: Perkhidmatan fotostat tidak boleh digunakan pada waktu malam. Harap maaf.

    ReplyDelete
  34. apsal waktu sian leh guna wireless kt library ni, waktu mlm x leh lak?

    leh x nk minta waktu mlm pon leh guna wireless, sbb nk p lib kt kwsp mesti penuh punya, nk ddk pon x dak tmpt..so klu ada kt cni leh gak guna utk study kt cni...

    ReplyDelete
  35. kenapa internet kt cni 100x lembab mcm siput ekk?
    nk download keja yg pensyarah bg pon ssh...

    ReplyDelete
  36. Pihak kami akan mendapatkan pandangan dari pihak Perpustakaan Awam berkenaan hal tersebut. Harap anda dapat bersabar.

    ReplyDelete
  37. Berkenaan kelajuan internet ianya di selenggara oleh pihak Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi Malaysia. Justeru, kami akan memanjangkan pekara kepada pihak Perpustakaan Awam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...