Thursday, January 8, 2009

Aktifkan Aplikasi UniMAP Online Library Anda Hari Ini !!


Pengguna Perpustakaan UniMAP yang ingin mengakses aplikasi UniMAP 'Online Library' perlu mendapatkan 'Patron ID' dan 'Password' anda di Kaunter Perkhidmatan Akses. Pengguna boleh melaksanakan proses pembaharuan pinjaman dan tempahan bahan secara atas talian (online) melalui dua kaedah berikut :

i-Melalui aplikasi Sistem 'Single Sign - On'

ii-WebOPAC ( Online Public Acces Catalogue ) Perpustakaan UniMAP

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi kami di Kaunter Perkhidmatan Akses di talian +604-9798269 atau email kepada sirkulasi@unimap.edu.my


Royifazulmaldy Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

10 comments:

  1. Kalau buku yang ada denda boleh renew tak?

    ReplyDelete
  2. Buku yang ada denda tidak boleh di renew kembali. Pengguna perlu memulangkan buku tersebut supaya denda didalam akaun anda tidak meningkat.

    ReplyDelete
  3. betul ka x buleh renew....ari tu saya renew buleh...ada denda...tp x la bnyk...dlm rm 2.30 ja.....

    ReplyDelete
  4. buleh renew berapa kali ya....mcm mana nak cek?

    ReplyDelete
  5. mcm mana pulak nak request buku....x pandai la...buleh explAin ckit x.....

    ReplyDelete
  6. Benar ada sesetengah akaun boleh di renew kerana tidak melebihi had denda. Tetapi pihak kami menggalakkan anda menjelaskan denda tersebut dengan kadar segera supaya denda anda tidak meningkat.

    ReplyDelete
  7. Pengguna boleh melanjutkan tempoh pinjaman secara online sebanyak tiga kali sahaja selagi buku tersebut tidak di'request' oleh pengguna yang lain. Anda boleh menyemak akaun perpustakaan melalui aplikasi Sistem 'Single Sign - On' dan WebOPAC ( Online Public Acces Catalogue ) Perpustakaan UniMAP.

    ReplyDelete
  8. Buku yang boleh di'request' hanyalah buku yang telah dipinjam oleh pengguna lain. Anda perlu 'log-in' portal peribadi kemudian anda trus ke aplikasi 'Online Library'. Seterusnya kenal pasti buku yang hendak di'request' kemudian anda klik icon bertanda 'request' dan icon 'submit'. Tempahan anda telah berjaya dan anda perlu menunggu status buku tersebut melalui email dari sistem Perpustakaan. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian +604-9798269.

    ReplyDelete
  9. selain di kaunter, mana nak dapatkan id patron and password tuh?

    ReplyDelete
  10. macamana nak pinjam untuk 1 semester?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...