Tuesday, May 10, 2016

YBhg Dato. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal Di Lantik Sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,


HEBAHAN PELANTIKAN  SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk melantik YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 1 Mei 2016 hingga 30 April 2019.

Seluruh warga UniMAP dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal atas pelantikan tersebut. 

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...