Monday, March 7, 2016

Kempen Jom Like FB Rasmi Universiti Malaysia Perlis


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

KEMPEN JOM LIKE FB RASMI UniMAP

Perkara di atas adalah dirujuk. 

2) Untuk maklumat pihak Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama pasukan media pejabat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh kini dalam usaha untuk meningkatkan dan menyelaras semua akaun media baharu di KPT/UA/Jabatan Pengajian Politeknik/Jabatang Pengajian Kolej Komuniti.

3) Berdasarkan carta Facebook Fans yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri (melalui Setiausaha Akhbar Menteri) Laman Facebook Rasmi UniMAP menduduki tangga tercorot di kalangan 20 Universiti Awam di Malaysia. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan poster "Jom Like FB Rasmi UniMAP" untuk dihebahkan di kalangan staf/pelajar di PTJ/PPK di seluruh UniMAP.

Berikut merupakan link FB rasmi UniMAP : www.facebook.com/UniversitiMalaysiaPerlis

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Yg Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...