Tuesday, April 1, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2014/2015 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA]

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR
 
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP BAGI SESI AKADEMIK 2014/2015 [TERBUKA KEPADA PELAJAR DIPLOMA UniMAP TAHUN AKHIR SAHAJA] 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Diploma UniMAP (tahun akhir sahaja) untuk mengikuti pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP bagi Sesi Akademik 2014/2015. 

3. Calon-calon boleh mula memohon pada 8 April 2014 (Selasa) melalui Online Student Information (OSI) di http://osi.unimap.edu.my . Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 April 2014 (Isnin) . 

4. Hanya calon yang memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP. Sila rujuk syarat kemasukan yang disertakan seperti di Lampiran 1 . 

5. Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan diserahkan ke Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis selewat-lewatnya pada 25 April 2014 (Jumaat) . Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan adalah: 

1) Slip cetakan permohonan kemasukan online ke Program Ijazah Sarjana Muda UniMAP (sistem OSI UniMAP) 
2) Slip keputusan Peperiksaan Semester Satu hingga Akhir peringkat Diploma UniMAP 
3) Slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
4) Slip keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar 
Bahagian Pengurusan Akademik 
Jabatan Pendaftar 
Tel: 04-979 8706 / 7941 / 7845 / 8701 / 7878; 
Faks: 04-9798703; 

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...