Tuesday, April 1, 2014

MAKLUMAN KHIDMAT NASIHAT CARA-CARA MENGISI BORANG UPU 'ONLINE' DI UniMAP

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,

Kepada: Semua Pelajar dan Staf UniMAP,

MAKLUMAN KHIDMAT NASIHAT CARA-CARA MENGISI BORANG UPU 'ONLINE' DI UniMAP

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar ada menyediakan khidmat nasihat cara-cara mengisi borang UPU online sebelum tarikh tutup permohonan UPU 'online' tersebut.

Sehubungan itu, kepada semua staf dan pelajar UniMAP yang mempunyai anak-anak atau rakan-rakan lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma yang ingin membuat permohonan kemasukan ke IPTA, bolehlah mendapatkan khidmat nasihat cara-cara mengisi borang UPU 'online' dengan betul bertempat di:

Lokasi: Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar, Perlis.

Tarikh: 31 Mac 2014 (Isnin) hingga 4 April 2014 (Jumaat)
 
Masa: 9 pagi hingga 4.30 petang

KHIDMAT NASIHAT INI ADALAH PERCUMA.

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA dan juga UniMAP melalui UPU 'online' adalah pada 7 APRIL 2014.

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...