Thursday, April 10, 2014

Jemputan Menyaksikan Pertandingan Robotik - Malaysia International Robot Competitions (MIRoC) 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,


Kepada Semua Staf dan Pelajar,

JEMPUTAN MENYAKSIKAN PERTANDINGAN ROBOTIK - MALAYSIA INTERNATIONAL ROBOT COMPETITIONS (MIRoC) 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa UniMAP sekali lagi akan menganjurkan Malaysia International Robot Competitions (MIRoC) 2014 bertempat di perkarangan Dewan Peperiksaan, Kampus UniMAP Pauh Putra. Pertandingan ini melibatkan penyertaan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negara serta sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Pertandingan melibatkan beberapa kategori iaitu :

* Fire Fighting Robot
* Rope Climbing Robot
* Conquer Robot
* Rescue Robot

Sehubungan dengan itu, semua warga UniMAP dijemput beramai-ramai hadir memeriahkan pertandingan ini sepertimana butiran berikut :

* Perlawanan Liga - 12 April 2014, 8.30 pagi hingga 6.00 petang

* Perlawanan Akhir dan Majlis Penutup - 13 April 2014, 8.30 pagi - 12.00 tengahari.

Kehadiran didahului dengan ucapan terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...