Tuesday, April 1, 2014

HEBAHAN PENGGUNAAN ‘ELECTRONIC GUARANTEE LETTER’ (E-GL) DI HOSPITAL TUNKU FAUZIAH (HTF)


TARIKH
:
1 APRIL 2014
DARIPADA
:
UNIT KEBAJIKAN PELAJAR
KEPADA
:
SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA, UniMAP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HEBAHAN PENGGUNAAN ‘ELECTRONIC GUARANTEE LETTER’ (E-GL) DI HOSPITAL TUNKU FAUZIAH (HTF)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar dan staf, Unit Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Pusat ICT UniMAP telah membangunkan sistem yang dikenali sebagai ‘ELECTRONIC GUARANTEE LETTER’ (E- GL).  Sistem ini telahpun dilancarkan oleh Ybhg Datuk Naib Canselor pada 20 Mac 2014 bersempena majlis pelancaran Anugerah Gemilang Siswa 2013. 

Untuk makluman, sistem ini dibangunkan bagi memudahkan serta mempercepatkan prosesp pengesahan maklumat Pelajar UniMAP bagi tujuan pendaftaran dan Keluar Hospital sekiranya sakit ataupun mengalami kemalangan.  Sebagai permulaan, sistem ini akan digunakan sepenuhnya oleh Hospital perintis iaitu Hospital Tunku Fauziah, Kangar  mulai 1 April 2014.

Semua Pelajar UniMAP yang terlibat kecuali pelajar Pasca Siswazah hanya perlu menyerahkan kad Matrik ataupun kad Pengenalan bagi tujuan semakan dan pengesahan di Hospital Tunku Fauziah.   
  
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan terus ke Unit Kebajikan dengan menghubungi  Pn. Nur Atiqah Binti Abdul Ghani, Pn Emilia Bt. Said di talian 04-985 4532/1098 atau Pn. Noora Bt Md Yusoff di talian 04-985 1154.

Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...