Monday, April 14, 2014

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan/En./Cik,


PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2013/2014 pelajar program Diploma Kejuruteraan akan dikeluarkan secara 'online' pada 14 April 2014 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my .

3.   Adalah dimaklumkan juga bahawa keputusan peperiksaan boleh diperolehi melalui perkhidmatan SMS. Sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas.

4.  Sekiranya pelajar ingin membuat rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah 29 April 2014.

5.   Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...