Monday, December 31, 2012

Iklan Permohonan Kemasukan Ke UniMAP, IPTA Lain Dan Politeknik (Premier) Bagi Sesi Akademik 2013/2014

Assalamualaikum dan Salam UniMAP Dekat Di Hati,

KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP, IPTA LAIN DAN POLITEKNIK (PREMIER) BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014


Adalah dimaklumkan bahawa iklan permohonan kemasukan ke UniMAP, IPTA lain dan Politeknik (Premier) bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dikeluarkan pada 6 JANUARI 2013 melalui akhbar-akhbar utama Malaysia.

Sehubungan itu, pemohon-pemohon yang berkelayakan SPM/Sijil/setaraf atau STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM/Diploma/setaraf adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian peringkat Diploma/Asasi atau Ijazah Sarjana Muda yang dibuka secara online mulai 7 JANUARI HINGGA 15 APRIL 2013 melalui website UPU di http://upu.mohe.gov.my. Sila rujuk iklan permohonan untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan dan syarat-syarat kemasukan.

Jadual Tarikh-tarikh Penting Permohonan adalah seperti di lampiran.

PERINGATAN KEPADA CALON LEPASAN DIPLOMA:

Bagi calon lepasan Diploma, permohonan melalui UPU online adalah dibuka kepada calon-calon yang telah TAMAT PENGAJIAN sahaja. Calon-calon yang masih di semester akhir sehingga tarikh tutup permohonan tidak dibenarkan memohon dan perlu memohon pada sesi hadapan sehingga keputusan peperiksaan terakhir peringkat Diploma diperolehi.

Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar program Diploma UniMAP yang berada di semester akhir dan berminat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UniMAP, pelajar-pelajar adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan kemasukan secara dalaman melalui website UniMAP di www.unimap.edu.my. Permohonan ini akan dibuka mulai 1 MAC hingga 30 APRIL 2013.


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

10 comments:

  1. saya baru je habis diploma so mcm mana nak apply UNImap..

    ReplyDelete
  2. saya pun baru saja habis diploma (dah dapat result akhir sem). Saya bukan dari unimap tapi sangat berminat nak menyambung di Unimap. Jadi macam mana nak mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk :- http://cgs.unimap.edu.my/

      Delete
  3. lepasan dkm
    if we want continue under unimap for engineering course mean available ??

    ReplyDelete
  4. saya baru habis diploma...macam mana nak isi permohonan unimap ni ye??? bila buka pengambilan stdent bru unimap

    ReplyDelete
  5. Kalau abis buat dkm
    nk sambung dekt Unimap bole ke
    layak x

    ReplyDelete
  6. salam , saya lepasan matrik , nak mohon sambung degree di unimap .. tapi masa isi upu , unimap tak letak dalam pilihan , ada tak cara lain yang saya boleh buat untuk mohon degree unimap?

    ReplyDelete
  7. Mcm mana nk apply unimap bgi lepasan spm..??

    ReplyDelete
  8. Hello. Nk tnye sikit. Sye dpt tawaran upu ke unimap utk course Industrial Electronic Engineering, klau sye nk tukar ke course biomedical electronic engineering boleh tk?? Ada pape procedures? Thanks.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...