Showing posts with label IPTA LAIN DAN POLITEKNIK (PREMIER) BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014. Show all posts
Showing posts with label IPTA LAIN DAN POLITEKNIK (PREMIER) BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Iklan Permohonan Kemasukan Ke UniMAP, IPTA Lain Dan Politeknik (Premier) Bagi Sesi Akademik 2013/2014

Assalamualaikum dan Salam UniMAP Dekat Di Hati,

KEPADA SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UniMAP, IPTA LAIN DAN POLITEKNIK (PREMIER) BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014


Adalah dimaklumkan bahawa iklan permohonan kemasukan ke UniMAP, IPTA lain dan Politeknik (Premier) bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dikeluarkan pada 6 JANUARI 2013 melalui akhbar-akhbar utama Malaysia.

Sehubungan itu, pemohon-pemohon yang berkelayakan SPM/Sijil/setaraf atau STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM/Diploma/setaraf adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian peringkat Diploma/Asasi atau Ijazah Sarjana Muda yang dibuka secara online mulai 7 JANUARI HINGGA 15 APRIL 2013 melalui website UPU di http://upu.mohe.gov.my. Sila rujuk iklan permohonan untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan dan syarat-syarat kemasukan.

Jadual Tarikh-tarikh Penting Permohonan adalah seperti di lampiran.

PERINGATAN KEPADA CALON LEPASAN DIPLOMA:

Bagi calon lepasan Diploma, permohonan melalui UPU online adalah dibuka kepada calon-calon yang telah TAMAT PENGAJIAN sahaja. Calon-calon yang masih di semester akhir sehingga tarikh tutup permohonan tidak dibenarkan memohon dan perlu memohon pada sesi hadapan sehingga keputusan peperiksaan terakhir peringkat Diploma diperolehi.

Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar program Diploma UniMAP yang berada di semester akhir dan berminat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UniMAP, pelajar-pelajar adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan kemasukan secara dalaman melalui website UniMAP di www.unimap.edu.my. Permohonan ini akan dibuka mulai 1 MAC hingga 30 APRIL 2013.


Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy) Jawatankuasa Promosi, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...