Wednesday, July 29, 2009

Majlis Perasmian Ruang Tambahan Baru Perpustakan UniMAP.





28 Julai 2009, Perpustakaan dengan bangganya telah melakukan trasnformasi dengan menyediakan ruang tambahan Perpustakaan baru di tingkat satu bangunan KWSP. Majlis perasmian ruang tambahan Perpustakaan tersebut telah disempurnakan dengan rasminya oleh Y.Bhg. Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Bin Hussin, Naib Canselor UniMAP. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pustakawan, Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Bendahari UniMAP Puan Saodah Binti Hassan dan Pendaftar UniMAP Tuan Haji Rusli Bin Abdul Hamid. Majlis dimulakan dengan ketibaan staf Perpustakaan, jemputan, pegawai utama universiti dan seterusnya ketibaan Dato Naib Canselor. Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh Ketua Pustakawan dan seterusnya ucapan perasmian oleh Naib Canselor UniMAP. Majlis diakhiri dengan sesi penyampai hadiah oleh Naib Canselor kepada Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin sempena hari ulang tahun kelahiran beliau dan juga penyampaian cenderamata kepada Naib Canselor serta jamuan kesyukuran.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

7 comments:

  1. alamak...gLamOr plak muka ada dlm blog nie..hehehehe...;)

    ReplyDelete
  2. Tak apa, its ok ja.. Tonjolkan diri anda.. hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah!! Cun la ruang baru ni.. bila nak buka utk student guna?

    ReplyDelete
  4. ok la tu..muka cek xdak pun..duk disebalik tabir ja..

    ReplyDelete
  5. Perkhidmatan di ruang baru ini akan berfungsi sedikit masa lagi. Harap bersabar ya..

    ReplyDelete
  6. Ruang tambahan baru Perpustakaan sudah boleh digunakan oleh semua pengguna. Harap maklum..

    ReplyDelete
  7. kombinasi warna yang menarik...tak rugi masuk, ala2 cafe gitu...persekitaran yang nyaman...jomla kita serbu ruang bacaan baru nih ramai2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...