Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Aidilfitri @ Library UniMAP.








Bersempena bulan Syawal, Jabatan Perpustakaan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perpustakaan 2010 yang berlangsung di Ruang Tambahan Perpustakaan Tingkat Satu, Bangunan KWSP. Kehadiran tetamu hampir 500 orang memeriahkan rumah terbuka tersebut. Pelbagai menu dan juadah telah disediakan untuk tetamu yang hadir. Jabatan Perpustakaan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga UniMAP..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Jawatankuasa Promosi Perkhidmatan, Sumber Dan Perkhidmatan Perpustakaan.

Thursday, March 11, 2010

Tiga Staf Perpustakaan Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang





12 Mac 2010, Majlis Anugerah Seri Gemilang yang berlangsung dengan penuh meriah dan warna warni semalam telah mengiktiraf tiga orang staf Jabatan Pepustakaan Universiti Malaysia Perlis, UniMAP. Anugerah tersebut bertujuan menghargai dan mengiktiraf peranan staf dalam perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada Perpustakaan khususnya dan Universiti Malaysia Perlis amnya. Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Nazirah Zainul Abidin, Encik Ahmad Farid Md Isa dan Encik Akmal Hafizal Abd Hadi. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuanku Canselor UniMAP iaitu DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail dan Tuanku Pro Canselor UniMAP iaitu DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahril Akashah Khalil. Sehubungan itu, majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Menteri Besar Perlis, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Ketua-Ketua Jabatan dan Staf Universiti Malaysia Perlis. Turut mendapat anugerah bagi kategori Kecemerlangan Sukan iaitu Encik Nizam Md Azid ( Hoki ) dan Puan Nani Maslina Sulaiman Najidi ( Bowling ). Pihak Perpustakaan UniMAP mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang khususnya staf Perpustakaan. Semoga pengikhtirafan terhadap kecemerlangan tersebut akan memberikan impak yang tinggi kepada mereka dalam meneruskan kerjaya dalam bidang masing-masing dan memberi nilai tambah kepada Jabatan Perpustakaan supaya Perpustakaan UniMAP menuju era Perpustakaan yang maju, digital dan dinamik pada masa kini dan selamanya. Tahniah diucapkan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, March 8, 2010

Perpustakaan Menganggotai Perarakan Kontijen Rumah Kuning




06 - 07 Mac 2010, Beberapa orang staf dari Perpustakaan UniMAP dengan bangganya telah menganggotai Perarakan Kontijen Rumah Kuning sempena Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2010 yang telah berlansung dengan meriah sekali di Stadium Tuanku Syed Faizudin Putra, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Kontijen Kuning adalah gabungan dari Jabatan Canselori, Jabatan Perpustakaan, Jabatan Pembangunan dan Pusat Sukan UniMAP. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuanku Canselor, DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail. Turut berangkat sama ialah DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Syahril Akashah Khalil, Tuanku Pro Canselor UniMAP, Menteri Besar Perlis, Wakil Pengarah UiTM Arau dan dif-dif kehormat. Juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tertutup UniMAp 2010 telah dimenangi oleh Kontijen Kuning. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Thursday, February 18, 2010

Majlis Perpisahan Unit Penerbitan @ Perpustakaan UniMAP






12 Februari 2010, merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh semua staf Perpustakaan terutamanya tiga orang staf dari Unit Penerbitan UniMAP yang bernaung dibawah Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis sejak dari awal penubuhannya. Kini semuanya akan menjadi kenangan yang terindah dan tidak dapat dilupakan oleh semua warga Perpustakaan. Unit Penerbitan Universiti Malaysia Perlis tidak lagi bernaung dibawah Jabatan Perpustakaan kerana mereka telah berpindah ke pejabat baru yang terletak di Jalan Seriab, Kangar Perlis. Sedikit majlis meraikan mereka bertiga telah diadakan dan dihoskan oleh Kelab Kakitangan Dan Kebajikan Perpustakaan UniMAP (3K) bertempat di Perpustakaan. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan rasmi dan ucapan penghargaan terima kasih yang telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Mazmin Mat Akhir kepada mereka bertiga dan diteruskan dengan ucapan balas oleh Encik Zulhillizan Osman selaku Pegawai Penerbitan bagi pihak staf Unit Penerbitan. Sehubungan itu, Perpustakaan UniMAP merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka bertiga yang telah bersama dengan begitu lama dan umpama sebuah keluarga besar di Perpustakaan. Justeru, jasa dan pengorbanan mereka bertiga kepada warga Perpustakaan tidak ternilai harganya. Semua warga Perpustakaan mendoakan kesejahtera hidup dan kemakmuran bekerja ditempat mereka yang baru. Selamat maju jaya kami ucapkan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Wednesday, September 2, 2009

Dua Qariah Perpustakaan Sertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

02 September 2009, Dua orang staf telah mewakili Perpustakaan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah diadakan di Dewan Kapitol, Kangar. Peserta qariah tersebut ialah Puan Suhana Mat Taha dan Puan Nazirah Zainul Abidin (Naib Johan Tahun 2009). Puan Nazirah Zainul Abidin yang memperdengarkan Ayat 1 hingga 12 Surah Al-Anfal manakala Puan Suhana Mat Taha memperdengarkan bacaan dari surah yang sama. Hadiah pemenang bagi Naib Johan ialah wang tunai berjumlah RM 150.00, Plak dan Sijil Penyertaan. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat UniMAP telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP dan dihadiri oleh semua exco, ketua jabatan serta staf-staf UniMAP. Tahniah diucapkan kepada Puan Nazirah Zainul Abidin kerana memenangi tempat kedua dan Puan Suhana Mat Taha yang memenangi saguhati..

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Wednesday, July 29, 2009

Majlis Perasmian Ruang Tambahan Baru Perpustakan UniMAP.





28 Julai 2009, Perpustakaan dengan bangganya telah melakukan trasnformasi dengan menyediakan ruang tambahan Perpustakaan baru di tingkat satu bangunan KWSP. Majlis perasmian ruang tambahan Perpustakaan tersebut telah disempurnakan dengan rasminya oleh Y.Bhg. Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Bin Hussin, Naib Canselor UniMAP. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pustakawan, Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Bendahari UniMAP Puan Saodah Binti Hassan dan Pendaftar UniMAP Tuan Haji Rusli Bin Abdul Hamid. Majlis dimulakan dengan ketibaan staf Perpustakaan, jemputan, pegawai utama universiti dan seterusnya ketibaan Dato Naib Canselor. Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh Ketua Pustakawan dan seterusnya ucapan perasmian oleh Naib Canselor UniMAP. Majlis diakhiri dengan sesi penyampai hadiah oleh Naib Canselor kepada Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasuruddin sempena hari ulang tahun kelahiran beliau dan juga penyampaian cenderamata kepada Naib Canselor serta jamuan kesyukuran.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

Monday, June 29, 2009

Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan Kakitangan Perpustakaan (3K)



27 Jun 2009, Kelab Kebajikan dan Kakitangan Perpustakaan UniMAP (3K) telah meraikan staf-staf dalam satu majlis yang penuh bermakna iaitu majlis makan malam. Majlis tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf. Jamuan makan malam tersebut telah dihadiri hampir kesemua staf dan diadakan di ruang diskusi Perpustakaan UniMAP. Beberapa program telah diaturkan didalam majlis makan malam tersebut iaitu berkaraoke, 'musical chair', cabutan nombor bertuah dan acara memotong kek sempena sambutan hari lahir staf. Beberapa orang staf telah menunjukkan kebolehan bernyanyi pada malam tersebut seperti En. Azhar, En. Ahmad Syahir, En. Hamdan, En. Roy, En. Md Nizam, En Fadzlihaimi dan En. Mohd Fazlullah serta beberapa orang lagi staf. Semoga adanya majlis yang sebegini rupa akan memantapkan lagi perpaduan, hubungan kerja dan kebajikan sesama kita semua.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...