Monday, June 29, 2009

Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan Kakitangan Perpustakaan (3K)



27 Jun 2009, Kelab Kebajikan dan Kakitangan Perpustakaan UniMAP (3K) telah meraikan staf-staf dalam satu majlis yang penuh bermakna iaitu majlis makan malam. Majlis tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf. Jamuan makan malam tersebut telah dihadiri hampir kesemua staf dan diadakan di ruang diskusi Perpustakaan UniMAP. Beberapa program telah diaturkan didalam majlis makan malam tersebut iaitu berkaraoke, 'musical chair', cabutan nombor bertuah dan acara memotong kek sempena sambutan hari lahir staf. Beberapa orang staf telah menunjukkan kebolehan bernyanyi pada malam tersebut seperti En. Azhar, En. Ahmad Syahir, En. Hamdan, En. Roy, En. Md Nizam, En Fadzlihaimi dan En. Mohd Fazlullah serta beberapa orang lagi staf. Semoga adanya majlis yang sebegini rupa akan memantapkan lagi perpaduan, hubungan kerja dan kebajikan sesama kita semua.

Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

6 comments:

  1. weiii...gambaq aku xdak pun!!buh gambaq org laki saja..

    ReplyDelete
  2. xadil..gambaq geng pompuan xdak!!

    ReplyDelete
  3. awat nama Remy a.k.a paijal Tahir x dak pon? sian dia nyanyi penat, tp nama x tulis...


    (Beberapa orang staf telah menunjukkan kebolehan bernyanyi pada malam tersebut seperti En. Azhar, En. Ahmad Syahir, En. Hamdan, En. Roy, En. Md Nizam dan En. Mohd Fazlullah dan beberapa orang lagi staf) - macam ada x kena ja ngan ayat ni...tp di mana ya???

    ReplyDelete
  4. Pembetulan ayat, perkataan dan tatabahasa telah dilakukan. Terima kasih kerana membuat teguran. Harap maklum.. :)

    ReplyDelete
  5. kakakaka...masing2 nak interprame..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...