Monday, June 15, 2009

Kunjungan Ilmiah Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.





10 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima kunjungan deligasi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Rombongan terdiri daripada pelajar tingkatan satu, empat dan lima seramai 60 orang dan enam guru pengiring. Taklimat serta ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Azhar Ahmad, Pembantu Perpustakaan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Deligasi kemudianya dibawa melawat sekitar Perpustakaan UniMAP dan diiringi oleh beberapa orang pustakawan iaitu Puan Akmal Abd Karim, Cik Hasdarinar Abdul Jalal dan Cik Azni Yantee Abd Raoh. Mengakhiri lawatan tersebut sesi penyampaian cenderamata serta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.

Royifazulmaldy Bin Zakaria
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

2 comments:

  1. Pengunaan perkataan 'penyampaian hadiah' kurang sesuai la..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas teguran yang diberikan. Perkataan tersebut telah ditukar, harap maklum.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...