Monday, June 1, 2009

Lawatan Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak Darul Ridzuan.






02 Jun 2009, Perpustakaan UniMAP menerima lawatan dari Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Deligasi diketuai oleh dua orang guru pengiring iaitu En. Mohd Tamizi Mohd Amin (Guru Kaunselor) dan En. Noh Hassan Basari Mohamad Noh serta seorang Naib Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) En. Mohd Zahid yang mengetuai 30 orang pelajar yang kesemuanya daripada pihak Jawatankuasa Kelas Rancangan Khas (KRT), Pelajar Cemerlang Tingkatan Satu dan Dua. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Puan Nazirah Zainul Abidin, Pustakawan Unit Perkhidmatan Akses (UPA). Seterusnya, deligasi dibawa melawat sekitar Perpustakaan oleh beberapa orang Pustakawan iaitu Puan Maziah Md Isa, Puan Norakmal Abd Karim, Cik Azni Yanti Abdul Raoh dan Puan Suhaidah Mat Rus@Darus. Pelajar-pelajar tersebut diberikan penerangan berkaitan cara pinjaman buku layan diri menggunakan 'Self Check', OPAC dan mempromosikan web serta laman blog Perpustakaan. Mengakhiri lawatan tersebut sesi penyampaian cenderamata dan bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.
Royifazulmaldy Bin Zakaria (Roy)
Unit Perkhidmatan Akses (UPA)

3 comments:

  1. Wah,Abang Zahid dipanggil En...Kepada Webmaster blog nie..Zahid tue bukan En...dia tu baru form 4.

    ReplyDelete
  2. Encik Ammar....tu panggilan standard,kita letak En.Zahid la..letak saudara Zahid,xbeshhh sgt bunyik dia.xkan nak letak adik Zahid kut...:p

    ReplyDelete
  3. Kita mengikut etiket dan protokol panggilan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...