Saturday, December 5, 2015

Makluman Pembukaan Dan Waktu Operasi Hub Digital Universiti Malaysia Perlis Di Kampus UniCiti Alam

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
  
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
 
PERHATIAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

MAKLUMAN PEMBUKAAN DAN WAKTU OPERASI HUB DIGITAL DI KAMPUS UNICITI ALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacitanya dimaklumkan Hub Digital Kampus UNICITI akan mula beroperasi kepada semua staf dan pelajar UniMAP mengikut butiran berikut;

Tarikh               :  7 Disember 2015
Waktu operasi :  8.30 pagi - 5.00 petang
Hari                   : Isnin - Jumaat.
 
3.    Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan ialah Bilik Pembelajaran Interaktif, Charging Kiosk, Online Reference Collection, Ruang Bacaan, Karel Berwayar dan sebagainya.

4.    Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan dalam berkongsi makluman ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Hub Digital, Universiti Malaysia Perlis, Kampus UniCiti Alam, Sungai Chuchuh, Mukim Titi Tinggi, Padang Besar Utara, Perlis

Kemudahan Terbaru Di Universiti Malaysia Perlis, Kampus UniCITI Alam, Sungai Chuchuh, Mukim Titi Tinggi, Padang Besar Utara, Perlis.

INOVATIF
- Hub Digital mempamerkan pendekatan inovatif UniMAP dalam menyuntik teknologi maklumat dalam aspek pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan untuk komuniti pelajar TVET,

*Inovatif dalam konteks penjenamaan pusat sumber
*Inovatif dalam konteks penawaran ruang pembelajaran
*Inovatif dalam konteks pendekatan pembelejaran
*Inovatif dalam konteks pembangunan kampus

AKSES BERTERUSAN
-Hub Digital mengutamakan askses kepada bahan rujukan utama kepada pada pelajar
- Akses berterusan kepada hampir 1.7 juta bahan monograf elektronik
- Akses berterusan kepada 15,000 jurnal ilmiah elektronik
- Akses berterusan kepada jutaan teks penuh bahan ilmiah dariapada penerbitan terkemuka di dunia

KOMPREHENSIF
- Hub Digital menyediakan kandungan ilmiah komprehensif menggunakan platform dan fungsi berbeza
- Selain berciri komprehensif, warga TVET UniMAP berpeluang memanfaatkan sumber elektronik secara praktikal

EKOSISTEM KONDUSIF
- Hub Digital merupakan cerminan teras strategik UniMAP ke arah menyediakan ekosistem kondusif untuk mengoptimakan pengalaman kehidupan kampus
- Tarikan baru kepada komuniti Gen Z
- TArikan baru kepada pelajar dan staf antarabangsa
- Tanda Aras baru kepada fasiliti bertaraf dunia
- Daya saing UniMAP sebagai penyedia pengajian tinggi

BERIMPAK
- Hub Digital mempfokuskan kepada fasiliti pacuan teknilodi dalam penawaran akses kepada kandungan ilmiah dan fasiliti
- Pacuan teknologi diterjemahkan dalam bentuk akse kepada bahan digital menggunakan gajet dan perisian terkini
- Pacuan teknologi teserlah melalui peluang meneroka dan penerapan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan warga TVET UniMAP

GLOBAL
- Hub Digital menyediakan akses kepada sumber ilmiah global melalui enjin penemuan WorldCat Discovery. Kini akses kepada WorldCat Discovery bakal dinikmati oleh warga Universiti Awam hasil inisiatif perkongsian sumber yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
- Akses kepada sumber digital platform Open Access Global
- Akses kepada butiran kandungan bahan daripada 79,000 perpustakaan global
- Akses kepada hasil penyelidikan global

KREATIF
- Hub Digital meningkatkan pengalaman pembelajaran dan kehidupan kampus dengan kreativiti dan kelainan, UniMAP menyediakan persekitaran kondusif untuk menggalakkan kretiviti komuniti TVET
- Kreatif dalam konteks reka bentuk
- Kreatif dalam konteks pengisian fasiliti
- Kreatif dalam konteks persekitaran

SALING BERHUBUNG
- Hub Digital menyediakan kepelbagaian gajet yang berupaya dimanfaatkan dalam pelbagai platform untuk aplikasi ilmiah
- Ia saling berhubung untuk menfanfaatkan akses kepada alatan (tools) meliputi Turnitin, EndNote, Wizfolio, LibChat, Lib Guides dan pelbagai lagi
- Ia saling berhubung untuk menyediakan akses kepada sumber maklumat ilmiah relevan pada masa diperlukan

KOLABORATIF
- Hub Digital meningkatkan pengalaman pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran teknologi tinggi
- Kolaboratif ke arah memupuk semangat 'teamwork'
- Kolaboratif ke arah meningkatkan kemahiran insaniah
- Kolaboratif ke arah kecemerlangan akademik
- Kolaboratif ke arah perpaduan dan keharmonian kehidupan kampus

TEROKAI SEKARANG!!
- Terokai Hub Digital anda
- Terokai keunikan Hub Digital
- Terokai sumber ilmiah beharga yang dihubungkan oleh Hub Digital
- Terokai Hub Digital, fasiliti terkini di Kampus UniCITI ALAM

































Saturday, November 28, 2015

The Exploration Journey : An Art Exhibition by Kirtanraw Subramanian

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PAMERAN THE EXPLORATION JOURNEY: AN ART EXHIBITION BY KIRTANRAW SUBRAMANIAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, satu pameran yang bertajuk The Exploration Journey : An Art Exhibition by Kirtanraw Subramanian sedang berlangsung di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) seperti butiran berikut;

Tarikh   : 24 November - 12 Disember 2015
Tempat: Galeri PTSFP
  
The Exploration Journey : An Art Exhibition by Kirtanraw Subramanian merupakan salah satu program di bawah Autism Hub for Educational Resources and Training (A-HEART) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga UniMAP dan masyarakat Perlis terhadap golongan autisme. Pameran ini bertujuan mengetengahkan bakat remaja autisme melalui 56 lukisan abstrak dan alam yang dihasilkan oleh beliau.

Sehubungan itu, semua warga UniMAP adalah dijemput untuk mengunjungi pameran ini.

Terima kasih.

Wednesday, November 11, 2015

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2015/2015 Pelajar Diploma Kejuruteraan

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 11/15 (1427)
Tarikh         : 05 November 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2015/2016 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2015/2016 pelajar program Diploma Kejuruteraan akan dikeluarkan secara 'online' pada 9 November 2015 jam 9 pagi. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my atau melalui aplikasi mobile UniMAP Student News Feed (sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas) .

3.    Sebarang aduan atau rayuan semakan semula keputusan peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis atau e-mel kepada unitexam@unimap.edu.my . Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah pada 24 November 2015.

4.   Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .

Sekian, terima kasih.

Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian Pelajar Diploma UniMAP Semester Kedua Sidang Akademik 2015/2016

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP

PENDAFTARAN KURSUS SECARA ATAS TALIAN PELAJAR DIPLOMA UniMAP SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2015/2016

Sukacita merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan jadual tarikh-tarikh pendaftaran kursus pelajar Diploma Kejuruteraan  bagi Semester Kedua Sidang Akademik 2015/2016 adalah seperti di dalam lampiran.Pendaftaran secara atas talian ini akan mula dibuka kepada semua pelajar bermula 9 November 2015. Pendaftaran kursus atas talian boleh dilaksanakan dengan melayari laman web berikut http://courseregdeg.unimap.edu.my/ . Sebelum melaksanakan pendaftaran kursus atas talian, para pelajar diwajibkan mendaftar semester terlebih dahulu iaitu dengan melayari laman web http://osi.unimap.edu.my/

2. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah sewaktu pendaftaran kursus secara atas talian, sila hubungi talian yang disertakan seperti di dalam lampiran. Jadual hebahan tarikh pendaftaran kursus ini juga telah di muat naik ke dalam portal pelajar/staf. Di pohon kerjasama pelajar dan staf untuk mematuhi tarikh-tarikh pendaftaran kursus yang telah ditetapkan ini.

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Terima Kasih.

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar,
Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis
Tel: 04-979 7940/7941/8701/8706
Fax: 04-979 8703

Closing Announcement - Deepavali Celebration


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,

ATTENTION TO ALL STAFF AND STUDENTS

CLOSING ANNOUNCEMENT - DEEPAVALI CELEBRATION 

Please be informed that the library will be closed on 10th November 2015 (Tuesday) for Deepavali celebration .

However, stay connected with our electronic books and journals via the library webpage at http://mylibrary.unimap.edu.my

We value your support.

Thank you.

Wednesday, October 7, 2015

Naib Canselor UniMAP Dianugerah Profesor Emeritus



ARAU 5 Okt. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Datuk Dr. Kamarudin Hussin sebagai tepat kerana menjadi pengasas Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

Baginda yang juga Canselor Unimap bertitah, dengan penganugerahan ini juga diharap Kamarudin akan terus berbakti dan meneruskan perjuangan membina masyarakat yang berilmu pengetahuan.

“Pelbagai pahit getir telah ditempuh Kamarudin bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang bermula daripada asas sifar dalam proses penubuhan universiti awam yang ke-17 yang kini menjadi kebanggaan khususnya rakyat Perlis,” titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen Khas Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus Kepada Kamarudin di Dewan Kecemerlangan di Kampus Induk Unimap, Pauh Putra dekat sini hari ini.

Kamarudin, 60 anak kelahiran Kuala Lumpur ini telah disambung perkhidmatannya sehingga 2016 selepas menamatkan tugas sebagai penjawat awam pada 10 Februari lalu.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor Unimap.

Baginda bertitah, pengambilan 119 pelajar pertama KUKUM pada tahun 2002 bagi mengikuti dua program iaitu Program Kejuruteraan Mikro-elektronik dan Program Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan.

“Kini Unimap menawarkan 21 program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, 13 program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, dua program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, satu program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dan enam program Diploma di bawah sepuluh Pusat Pengajian,” titah baginda.

Baginda bertitah, jumlah pelajar Unimap kini berjumlah 13,074 orang yang terdiri daripada 509 Doktor Falsafah (PhD), 667 orang Sarjana, 10,343 orang Sarjana Muda dan 1,555 orang pelajar Diploma.

Titah baginda, kakitangan Unimap pula sebanyak 2,178 orang iaitu 1,034 (Bahagian Akademik), 225 (Pengurusan dan Profesional) serta 919 (Bahagian Pelaksana).

“Unimap juga mempunyai 257 orang pelajar antarabangsa yang terdiri daripada 173 orang PhD dan 84 orang Sarjana daripada 21 buah negara serta 553 orang pelajar Sarjana Muda daripada 31 buah negara di seluruh pelusuk dunia,” titah baginda.

Selain itu titah baginda, Kamarudin juga dikenali sebagai seorang ketua, pentadbir dan pengurus yang mempunyai visi yang jelas dan komited.

“Sikap rajin bekerja tanpa mengira masa dan keadaan. Setiap strategi dan program yang beliau laksanakan akan dipantau demi menentukan kesinambungan dan keberkesanannya,” titah baginda.

Titah baginda, walaupun kepentingan prestasi kerja diutamakan tetapi Kamarudin tidak pernah lupa akan kepentingan sumber manusia yang menjadi daya utama menggerakkan prestasi organisasi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...