No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 11/15 (1427)
Tarikh : 05 November 2015
Tarikh : 05 November 2015
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
PERHATIAN : KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA DAN STAF UniMAP
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2015/2016 PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester
 Pertama Sidang Akademik 2015/2016 pelajar program Diploma Kejuruteraan 
akan dikeluarkan secara 'online' pada 9 November 2015 jam 9 pagi.
 Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing 
melalui link Online Student Information yang terdapat pada Single 
Sign-On di dalam Portal Pelajar atau terus ke alamat laman sesawang 
Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my atau melalui aplikasi mobile UniMAP Student News Feed (sila rujuk panduan yang dilampirkan di atas) . 
3.    Sebarang aduan atau rayuan semakan semula keputusan 
peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang HEA-15m (sila rujuk lampiran) 
dan menghantar borang tersebut kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan,
 Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan 
KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis atau e-mel kepada unitexam@unimap.edu.my . Para pelajar perlu membuat bayaran terlebih dahulu iaitu sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus. Tarikh tutup rayuan adalah pada 24 November 2015. 
4.   Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal 
Pelajar, bolehlah berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 
8494/8109 atau e-mel kepada helpdesk@unimap.edu.my .
Sekian, terima kasih.
 
 

No comments:
Post a Comment