Saturday, December 5, 2015

Makluman Pembukaan Dan Waktu Operasi Hub Digital Universiti Malaysia Perlis Di Kampus UniCiti Alam

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
  
Y.Bhg Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
 
PERHATIAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

MAKLUMAN PEMBUKAAN DAN WAKTU OPERASI HUB DIGITAL DI KAMPUS UNICITI ALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacitanya dimaklumkan Hub Digital Kampus UNICITI akan mula beroperasi kepada semua staf dan pelajar UniMAP mengikut butiran berikut;

Tarikh               :  7 Disember 2015
Waktu operasi :  8.30 pagi - 5.00 petang
Hari                   : Isnin - Jumaat.
 
3.    Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan ialah Bilik Pembelajaran Interaktif, Charging Kiosk, Online Reference Collection, Ruang Bacaan, Karel Berwayar dan sebagainya.

4.    Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan dalam berkongsi makluman ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...